Ketika jam menunjukkan pukul 6.38 petang, 23/12/2011 saya menerima satu panggilan yang cukup mengejutkan sehingga handphone yang saya pegang melurut jatuh ke riba seperti luluhnya hati dan perasaan saya. Saya yang dalam kereta menuju kesuatu tempat terkedu beberapa ketika sehinggalah masuk satu lagi panggilan dari pemberi maklumat yang lain tetapi menceritakan hal yang sama.
"YB Datuk, Tan Sri Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia. Tan Sri menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 5 petang tadi Datuk". Seluruh sendi terasa longlai dan perasaan saya tiba-tiba terasa begitu terasing dari jiwa. Kemudian setelah berjaya mengumpulkan semula semangat yang hampir direntap kejutan tadi, saya kemudiannya menalipon pengawal peribadi Tan Sri bagi mengesahkan apa yang telah di maklumkan saya tadi oleh dua orang yang juga begitu rapat dengan Tan Sri.
"Betul Datuk, beliau telah disahkan meninggal oleh doktor......Innalillahiwainnailahirrojiun....Alfatihah"....
Mata saya terus terasa pedih manakala kalbu juga diterpa sebak. Melihat keadaan saya, isteri saya yang kebetulan juga berada didalam kereta yang sama terus mententeramkan saya sambil mengingatkan saya agar bertenang dan terus mengajak saya ke Kuala Lumpur.
Selepas mengatur dan menyusun perancangan bersama-sama AJK Bahagian terutamanya Bendahari UBS, Pak Lang Husaini dan Ustaz Bakri(pegawai Khas ADUN) barulkah sedikit perasaan tenteram kembali menapak dikalbu saya. Saya telah berbincang dengan mereka dan keputusna dicapai iaitu secara pantas sebuah bas dicari untuk membawa seramai sebuah bas pemimpin-pemimpin peringkat cawangan bertujuan menziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri di Kuala Lumpur.
Semuga rohnya Allah tempatkan dikalangan orang yang beramal soleh insyaAllah.
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Rakyat Sik Kehilangan Pepmimpin Besar yang Banyak Berjasa"
Post a Comment