13 February 2012

Kunjung Kasih Saudara Rashidi yang kurang sihat

Sebagaimana maklum, Rashidi bukanlah begitu sihat disebabkan beliau menghidapi penyakit kekurang sel darah putih atau leukimia.  Setelah dimaklumkan yang Rashidi tidak begitu sihat, selepas majlis penyerahan peralatan sukan tomoi diserahkan kepada pemuda-pemuda berkenaan, saya dan rombongan terus menuju kerumah Rashidi untuk melihat keadaan beliau.





 Ubat yang saya pegang bersama-sama Rashidi ini berhargaRM300.00 sebiji.  
Jika dikalikan dengan 30, bermakna Rashidi perlukan RM9,000.00 sebulan 
untuk membiayai satu jenis ubatsahaja, iaitu untuk merawat penyakit leukimia 
yang beliau hadapi.

Tetapi atas dasr menjaga KEBAJIKAN rakyat sejak dari kita mencapai
kemerdekaan lagi, insan-insan seperti Rashidi turut dibela walau apapun
parti siasah yang beliau sertai.  Kemasukan beliau kedalam UMNO adalah atas
kesedaran dan keinsafan beliau sendiri.

No comments:

Post a Comment