Takdir. Iulah yang dapat saya katakan apabila ketika jam telahpun menunjukkan lebih kurang pukul 1.15 pagi, sayaq mendapat aduan yang masih ada lagi orang-orang UMNO yang tidak dapat pulang kedestinasi mereka gara-gara bas yang sepatutnya datangmengambil mereka tidak kunjung tiba sehinggalah kesaat saya tiba ke tempat mereka menunggu. Mereka juga mengadu yang ketibaan mereka juga lewat dari apa yang di rancangkan gara-gara salah maklumat oleh pemandu dari syarikat bas yang sama. Saya akan berfikir dua kali untuk menyewa bas-bas dari syarikat berkenaan sekiranya ada keperluan pada masa hadapan.
Namun begitu saya cukup kagum dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh kumpulan ini, kerana PDM ini menghantar seramai 80 orang orang-orang UMNO sebagai tanda sokongan kepada YAB Perdana Menteri dan Barisan Nasional sempena lawatan kerja beliau. Atas semangat inilah walaupunsatu bas telah sedia menunggu bersama kerusi penumpang yang telah penuh, namun mereka hanya bersetuju untuk bergerak sekiranya rakan-rakan mereka juga telah berada didalam bas untuk pulang berkonvoi. Akhirnya ketika jam sudah melepasi 1.30 pagi, barulah bas yang dijanjikan tiba.
Saya sebagai pemimpin mereka dengan perasaan kesal ingin memohon maaf atas kejadian ini, tambahan pula dalam keadaan mereka yang kurang selesa akibat hujan yang turun dan perut yang lapar. Namun saya sempat menyediakan minuman dan roti sebagai pengalas perutketika dlaam perjalanan pulang.
Masih mampu tersenyum...semangat kental!
Anak kecil ini juga mengerti keadaan dan langsung tidak 'menyebai'.
Hebat! Masih mampu bersabar, malah tetap terukir wajah riang
penuh semangat!
0 comments on "Kumpulan dari PDM Kampung Sadu juga Lewat diambil oleh Pemandu Bas"
Post a Comment