Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid berkata, sikap negatif tersebut perlu dikikis kerana setiap masyarakat diberi hak untuk menentukan arah tuju sesebuah negara.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih kelam-kabut apabila tiba musim pilihan raya terutamanya mereka yang tidak mendaftar diri sebab walaupun dari segi usia layak, namun akibat tidak mendaftar, mereka tidak dibenarkan mengundi.
“Menyedari betapa pentingnya perkara ini kepada semua lapisan masyarakat, pihak kami mengambil inisiatif turun padang, berjumpa dengan penduduk kampung di setiap peti undi bagi memudahkan lagi urusan pelbagai pihak.
“Bagi peringkat permulaan, kampung ini dipilih menjadi peti undi pertama untuk melaksanakan aktiviti tersebut selain membuat pendaftaran sebagai pemilih, kami turut menyediakan beberapa kemudahan lain,” katanya.
Beliau berkata, usaha tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi jumlah :pendaftaran pemilih undi dalam kalangan masyarakat dan sasaran untuk memastikan setiap individu yang layak membuang undi dan daftar diri sebagai pemilih akan terlaksana.
“Sebelum ini, segala proses pendaftaran tersebut dilakukan di mana-mana pejabat pos dan ada segelintir mereka memberi alasan tidak mempunyai masa untuk ke sana semata-mata membuat urusan tersebut,” katanya.
Menurutnya, segala maklumat yang lengkap diisi akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan selanjutnya, namun jika terdapat sebarang masalah, seperti nama tercicir, permohonan akan dikemas kini.
“Sesetengah daripada anggota masyarakat juga tidak mengetahui, apabila mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain, mereka perlu memperbaharui alamat tempat pengundi bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
“Selain membuka kaunter untuk pendaftaran pemilih, terdapat beberapa kaunter lain yang turut dibuka seperti pendaftaran menjadi anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia), pendaftaran ahli UMNO dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, pendaftaran untuk pengambilan pelajar baru Pusat Latihan Keda (Pustika), turut dibuka bagi memberi peluang kepada anak-anak kelahiran Sik menimba ilmu kemahiran dalam daerah ini sendiri.
Dipetik dari Sinar
0 comments on "Ramai tidak daftar sebagai pemilih"
Post a Comment