Melawat beberapa orang yang sakit, memenuhi undangan kenduri perkahwinan, mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi kerajan persekutuan, mengadakan mesyuarat mingguan dengan AJK UMNO Bahagaian serta sayap-sayap parti dan pelbagai perkara lagi.
Dalam musim cuti panjang persekelohan ini juga ramai ibubapa mengambil kesempatan untuk mengkhatnkan anak-anak mereka. Sudah menjadi trend untuk mengadakan majlis khatan beramai-ramai. Kali ini saya brkesempatan untuk meraikan bakal remaja yang akan mencorakkan masa depan negara.
Masaalah mendapatkan bekalan air bersih walaupun sebahagian besarnya telah berjaya diatasi oleh pihak kerajaan yang dahulu, tetapi usaha ini agak perlahan semenjak kerajaan baru. Namun usaha berterusan oleh pihak UMNO dalam menyuarakan masaalah ini kepada kerajaan baru nampaknya belum mendapatkan keputusan yang jelas.
Meraikan tuanrumah yang menjemput saya untuk menghadiri majlis perkawinan menjadi agenda utama saya dalam minggu-minggu terakhir cuti persekolahan.
Masa yang ada ini sempat saya manfaatkan untuk juga melawat orang-orang yang sakit serta warga emas yang uzur.
0 comments on "SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 11"
Post a Comment