SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

11 January 2010

APA NAK JADI NI ?

Posted by Detguaq at 7:31 PM
Penulis blog diancam 'kapak terbang'
Jimadie Shah Othman
Jan 11, 10
11:43am
kemaskini 3.34pm Seorang penulis blog popular diancam dengan "kapak terbang" malam tadi, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian yang menyebabkan cermin belakang pacuan empat roda miliknya itu pecah berlaku kira-kira pukul 10.50 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah.

"Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya," katanya.

Dalam aduan polisnya, Syed Azidi berkata sebuah Proton Wira Aeroback, yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran, berhenti di tepi rumahnya.

"Saya berasa takut dan terus masuk ke dalam rumah. Selepas merasakan keadaan reda, saya keluar dan dapati cermin belakang motokar saya telah pecah," laporan polisnya dipetik.

"Saya mengesyaki (orang di dalam) Proton Wira yang saya lihat itu telah membaling kapak tersebut ke arah motokar saya."

Menurut coretan di blognya pula, kapak besi berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang keretanya dan terpelanting lebih dua meter.

"Tengah hari tadi (semalam) saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting (tulisan) saya yang negatif terhadap keluarga menteri besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta," kata Syed Azidi.

Selepas dipecat November tahun lalu, bekas pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu secara terbuka mengkritik kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Bertembung secara terbuka dengan Abdul Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Syed Azidi antaranya mendakwa terdapat salah urus kewangan sebuah anak syarikat perbadanan itu, Kifalah Sdn Bhd.

Penulis blog itu turut mendakwa, Abdul Ariffahmi menyebabkan peningkatan kos PMBK melebihi 500 peratus apabila menaikkan gaji dan memberikan bonus sesuka hati.

Setakat ini belum jelas pihak yang bertanggungjawab dan polis sedang menjalankan siasatan selepas kejadian itu dilaporkan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu tengah malam tadi.

Ketika dihubungi pagi ini, Syed Azidi tidak menolak kemungkinan insiden di rumahnya malam tadi mempunyai kaitan dengan tulisan-tulisan kritis di blognya.

"Kemungkinannya 'ya'. Ia mungkin melibatkan pihak-pihak yang tertekan dengan siaran artikel-artikel saya," jelasnya.

Beliau bagaimanapun yang enggan menamakan pihak terbabit.

Polis merekodkan keterangan Syed Azidi, turut dikenali sebagai 'Sheih' di kalangan penulis blog, pagi ini.

0 comments on "APA NAK JADI NI ?"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez