Walaupun kesibukan sentiasa memburu tugas sebagai Ketua Bahagian dan ADUN, namun saya sentiasa mengambil berat hal-hal di cawangan saya. Oleh itu saya telah berbincang dengan Setiausaha Cawangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan Mesyuarat AJK Cawangan bagi tujuan menyelaras aktiviti cawangan saya bagi tahun 2010.
Selepas dari perjumpaan ini, selepas Isya' saya menghadiri pula satu majlis tahlil di Kampung Bukit Berangan, Belantik yang jauhnya 36 kilometer dari Kampung Kemelong. Tahlil ini di adakan di rumah salah seorang kakitangan dipejabat ADUN Belantik, iaitu Encik Fazli.
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Mesyuarat untuk mengadakan Mesyuarat AJK Cawangan dan Kenduri Tahlil"
Post a Comment