SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

31 May 2010

IBU HARAPAN

Posted by onesik at 1:07 PM
Saya terpanggil untuk mengubah terma yang sudah sekian lama sebati di bibir rakyat apabila kita merujuk kepada wanita samada di ceraikan suami atau kematian suami mereka.  Panggilan ibu tunggal tidak di nafikan membolehkan mereka yang memanggil dan mereka yang di panggil faham dengan istilah itu.  Tetapi tidak di nafikan juga ianya banyak juga menjadi terma yang membawa maksud negatif dan 'demotivated'.

Kerapkali pihak ibu yang mengalami kedua-dua situasi merasa agak terganggu apabila di panggil ibu tunggal.  Ia seolah-olah satu ukuran yang menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri dan terpinggir.  Ada yang mengadu merasa terhiris dan pilu apabila di sebut sebagai ibu tunggal.  Mereka berkata bahawa sebutan itu agak condong kepada pengertian yang lekeh.  Anak-anak juga selalunya malu apabila di tanya status keluarga mereka apabila terpaksa menyebut  bahawa ibu umi mereka ialah ibu tunggal.  Apatah lagi apabila di ringkaskan kepada IT.

Tanyalah kepada mereka yang rajin mengungkap ringkasan IT ini.  Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai singkatan huruf IT ini dengan kaitan negatif yang terhasil.  Maka terlintas di hati saya mengapa harus di biarkan mereka dalam situasi ini secara berterusan, sedangkan ianya hanya sebutan yang di lontarkan melalui bibir.  Dan tidak terlalu sukar untuk kita mengubah termanya kepada terma yang membawa maksud yang lebih positif dan membuatkan semangat mereka, keluarga mereka, anak-anak mereka dan masyarakat seluruhnya.

Pada saya Ibu Harapan adalah amat sesuai dan dekat dengan situasi kehidupan mereka sebagai ketua kepada sebuah keluarga yang nakhoda asalnya telah menyahut panggilan Illahi ataupun mengubah haluan untuk mencari kehidupan baru.

Apabila suami meninggal atau mereka di ceraikan, adalah amalan biasa si ibulah yang akan menjadi penafkah utama.  Anak-anak tiada pilihan selain dari mengharapkan ibu sebagai pemburu rezeki penyambung hidup penyumbang nafkah.  Maka tidak salah pada saya malah saya rasa amat bertepatan jika panggilan Ibu Tunggal yang selama ini menjadi bidalan yang mewakili wanita-wanita berkenaan kini kita tukar termanya dengan memanggil IBU HARAPAN agar mereka kembali bersemangat untuk terusw menerajui keluarga.

Lalu melalui blog saya ini saya dengan ini ingin mencadangkan secara rasmi supaya panggilan kepada ibu-ibu  tunggal di tukar kepada IBU HARAPAN.  dan mana-mana Persatuan Ibu Tunggal di tukar kepada Persatuan Ibu Harapan.

1 comments on "IBU HARAPAN"

Pengurus PJK Pekan Sik said...

assalammualaikum YB, saya hafizah (pengurus PJK Pekan Sik)...saya ingin menawarkan kelas komputer secara percuma kepada PIH. boleh saya dapatkan no. tel. untuk saya hubungi?

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez