Saya memulakan siri walkabout kali ini dengan bersolat di Masjid Tajuddin,
Kampung Kuala Ruman.
Rumah kanak-kanak yang di hinggapi sakit kulit yang luar biasa ini menjadi
singgahan saya yang pertama. InsyaAllah saya akan berusaha untuk
menemukan kes anak kecil ini dengan pakar kulit sedikit hari lagi.
Singgah ke kampung sendiri di Kemelong untuk mendengar aduan terkini.
Pakcik Othman Abdul Rahman berniat baik untuk membantu mangsa yang
di langgartetapi akhirnya beliau pula yang kini terlantar akibat di langgar
ketika hendak membantu mangsa pelanggaran/kemalangan jalanraya.
Saya meneruskan siri walkabout saya dengan mengunjungi Kampung Sungai Pau.
Pengeusi JKKKP Batu 2 Sungai Pau, Encik Halim menjadi
'pemandu pelancong' dalam misi khas ini.
Pakcik ini adalah OKU cacat penglihatan, tetapi telahpun menerima
bantuan dari JKM. Alhamdulillah.
Sedang melawat dan bermesra dengan OKU yang lumpuh sejak lahir.
Turut mengiringi kumpulan 'walkabout' saya ialah NK Wanita UMNO Bahagian Sik
Puan Hamidah Abdullah.
Zink yang bocor ini akan di ganti.
Gotong royong adat yang amat mulia
Kanak-kanak ini begitu riang apabila dapat bergambar beramai-ramai.
Jalan yang curam ini kerap mengundang kemalangan terutama
kepada penunggang motosikal dan basikal.
Setelah di hubungi, pihak bertanggungjawab akan segera datan membuat
estimasi dan kuantitasi sebelum langkah memohon peruntukan di buat.
0 comments on "WALKABOUT SIRI KE 3(15/05/2010)"
Post a Comment