Selepas balik dari Tenang pada 24/01/2011 yang lalu, saya terus di serang demam sehingga beberapa hari. Hari ini(28/01/2011) waalupun selsema masih lagi belum sembuh, saya tetap mengadakan perjumpaan dengan Ketua-ketua UMNO Cawangan/Pengerusi JKKKP, setiausaha dan AJK cawangan-cawangan dalam Mukim Sik di dewan UMNO Kampung Tanjung Star pada sebelah malamnya.
Pertemuan ini adalah lebih kepada dialog bagi memberi dan menerima maklumat serta berkongsi pendangan dan pengalaman bagi tujuan penambahbaikan kepada UMNO Bahagian Sik sendiri. Banyak perkara dapat di bincangkan dalam pertemuan selama beberapa jam itu. Saya sememangnya sentiasa secara kerap mengadakan pertemuan-pertemuan secara berkelompok ini supaya setiap perkara baru dapat di kenalpasti untuk di ambil tindakan yang sepatutnya.
1 comments on "Pertemuan dengan Ketua Cawangan/Pengerusi JKKKP, Setiausaha dan AJK Cawangan-cawangan Dalam Mukim Sik"
YB, harap untuk mukim lain juga akan dibuat dalam waktu terdekat.
tahniah, pendekatan yang amat baik untuk memahami keperluan rakyat.
Post a Comment