SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

08 January 2011

Suara Orang Muda Terus diDengari

Posted by detguaq8 at 8:47 PM
0801/2011

Petang ini saya bertemu secara santai dengan sekumpulan anak muda berwawasan dari Belantek. Seramai 10 orang telah datang kepejabat ADUN Belantek dengan bertujuan untuk bertemu mata ke mata dengan saya selaku wakil rakyat mereka.  Tujuan mereka sungguh murni iaitu ingin merubah corak sosial dan ekonomi mereka.  Lebih mengkagumkan saya tujuan mereka bukanlah hendakkan 'ikan' tetapi inginkan 'joran' agar mereka dapat mengubah corak hidup dala mjangkamasa panjang.

 Salah seorang wakil mereka iaitu saudara Mohd Zainol Abidin
sedang menyuarakan hasrat tentang tujuan kedatangan mereka
untuk bertemu dengan saya.
 Sepanjang sessi dialog kami berkongsi pandangan dan
pendapat untuk tujuan yang cukup positif

 2 biji bola dan 2 biji bola sepakraga tuju di sumbang
dalam pejumpaan ini.



Pertemuan berjalan dalam suasana yang cukup bersahaja namun matlamatnya cukup jelas untuk di fahami secara bersama.  Mereka ini adalah bagi saya mewakili secara signifikan suara anak muda di Belantek. Antara yang di bincangkan ialah mengenai kegiatan belia yang kini nampaknya tidak di beri fokus yang sewajarnya dimana sebagai konsensusnya saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan Daerah Sik bagi membolehkan mereka merialisasikan penubuhan belia secara rasmi dan berdaftar di samping itu kami juga menyentuh tentang aktiviti sukan dan kemudahan serta kelengkapannya.

Bagitu juga untuk skop ekonomi yang boleh di pertingkatkan sejajar dengan asas geografi dan demografi Belantek.  Antara sektor yag dilihat mempunyai potensi untuk di majukan ialah pelancongan agro dan rekreasi  air kerana Belantek berdekatan dengan Tasik Muda di Ampangan Muda/Gubir yang cukup luas serta landskapnya yang mempersonakan. Bagi saya pihak yang paling sesuai untuk di ketemukan dengan mereka ialah agensi kerajaan Persekutuan iaitu Majlis Tindakan Pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.

Di akhir pertemuan saya telah menyumbangkan 2 biji bolasepak dan 2 biji bola sepakraga tuju di mana salah seorang wakil mereka menerima sumbangan tersebut.

1 comments on "Suara Orang Muda Terus diDengari"

Anonymous said...

kami cukup berbesar hati atas kesudian yb utk bertemu dengan kami.....dan jua atas khidmat nasihat yg diberikan....semoga kelangsungan ini berterusan...

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez