SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

06 May 2011

Mukhriz Saran Umno Tawar Biasiswa Dan Tubuh Kolej

Posted by DETGUAQ at 10:56 AM

01 Mei, 2011 18:27 PM
Mukhriz Saran Umno Tawar Biasiswa Dan Tubuh Kolej
PAPAR, 1 Mei (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Umno menawarkan "Biasiswa Umno" dan menubuhkan "Kolej Umno" bagi menyerlahkan peranannya dalam pembangunan belia di negara ini.

Beliau berkata penekanan nama "Umno" dalam cadangan tersebut bagi menunjukkan kepada rakyat khususnya bumiputera, akan sumbangan parti berkenaan dalam pembangunan golongan muda.

Kedua-dua kemudahan ini hendaklah memberi manfaat kepada semua, bukan kepada anak-anak anggota Umno semata-mata, katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Papar, di sini Ahad.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata langkah itu perlu memandangkan masih ada pelajar bumiputera yang cemerlang namun keciciran daripada menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Mengulas lanjut, beliau berkata penubuhan kolej itu boleh dilaksanakan dengan mengambil alih institusi sedia ada atau bekerjasama dengan mereka.

Mengulas perkara lain, Mukhriz percaya tindakan kepimpinan Pemuda Umno pusat menggugurkan Azman Roslan sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah baru-baru ini telah dibincang dengan teliti.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana saya tidak tahu sebab keputusan itu dibuat. Tetapi saya berharap ia tidak akan menjejaskan persediaan kita menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya.

Terdahulu semasa berucap, Mukhriz meminta anggota Pemuda tidak takut dalam menyuarakan keperluan komuniti kepada pucuk pimpinan, namun pada masa yang sama harus menjaga tata susila dan tidak melampau.

"Jangan biarkan pembangkang bersuara untuk masyarakat," katanya.

Beliau turut meminta semua anggota Umno dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) bersatu dan tidak membiarkan pertelingkahan kecil menjadi api dalam sekam yang boleh memusnahkan semangat setiakawan.

-- BERNAMA

0 comments on "Mukhriz Saran Umno Tawar Biasiswa Dan Tubuh Kolej"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez