Dua hari lepas, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sik, Dr Mansor Abd Rahman telah pergi melawat seorang pasakit yang menghidap penyakit kukit bersisik atau Psoriasis di Kampung Masjid, Jeneri. Hari ini sekali lagi saya selaku Ketua UMNO Bahagian Sik bersama-sama dengan Dr Mansor sekali lagi berjumpa dengan Mohd Sidek bin Ahmad di tempat yang sama bertujuan untuk melihat sendiri keadaan beliau.
Selepas berjumpa, saya berbincang dengan Dr Mansor mengenai pendekatan yang terbaik untuk membantu Mohd Sidek bersama-sama dengan Pengarah Hospital Alor Setar, Dato' Dr Juita dan satu keputusan telah di ambil. Beliau akan di pertemukan dan di periksa oleh doktor pakar kulit di HSAH Alor Setar. Masa temujanji akan kami bincangkan kelak. Namun Mohd Sidek sebenarnya sudahpun mendapat bantuan bulanan oleh JKM di bawah kategori EPC bagi meringankan beban kewangan beliau.
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Penyakit Kulit Bersisik Sidek Akan di Rawat."
Post a Comment