Rakyat faham lakonan Anwar
BETONG 11 Julai – Rakyat negara ini sudah memahami taktik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cukup pandai berlakon bagi meraih simpati kononnya beliau menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbuatan Anwar yang 'memutar' cerita bukannya perkara yang baru kerana sebelum ini dalam banyak peristiwa, beliau telah membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.
"Sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebut (semalam), boleh dapat lebih daripada anugerah Oscar.
"Dibuat satu perkara yang tidak sah berlaku, tetapi umum rakyat Malaysia sudah faham, saya fikir kita jangan terpengaruh dengan soal begitu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir di Penom, Ulu Paku, di sini hari ini.
Anwar sewaktu menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Sabtu lalu dilaporkan mengalami kecederaan sehingga dikejarkan ke sebuah pusat perubatan elit di Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, gambar Anwar yang terlantar dan memakai pendakap leher dalam keadaan yang kelihatan lemah di hospital berkenaan kemudiannya dijadikan bahan jenaka di laman sosial Facebook dan laman blog prokerajaan.
0 comments on "Anwar Terus Berlakon"
Post a Comment