SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

10 July 2011

PERHIMPUNAN HARAM: 1,667 orang ditahan pihak bermuasa

Posted by Anonymous at 5:59 PM

Seramai 1667 orang ditangkap sepanjang perhimpunan haram Bersih di ibu negara sejak awal pagi sehingga lewat petang Sabtu.

Daripada jumlah itu 1,500 lelaki, 151 perempuan dan 16 kanak-kanak, kata polis melalui laman facebook PDRM.

Kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram di sekitar bandaraya Sabtu akhirnya bersurai mulai 5 petang, namun polis masih berada di lokasi tertentu bagi memastikan keadaan kembali tenteram seperti sedia kala.

Menjelang 6 petang, beberapa kawasan yang sebelum ini sesak kerana menjadi tumpuan demonstrasi jalanan, menjadi lengang manakala lalu lintas kembali pulih apabila peserta demonstrasi meninggalkan lokasi tersebut.

Tinjauan Bernama mendapati polis masih meneruskan sekatan jalan raya di jalan utama menuju pusat bandaraya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar di Bukit Aman, keadaan sekitar bandaraya terkawal mulai 5 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan memantau keadaan.

Di Stadium Merdeka, beberapa trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat meninggalkan lokasi, manakala peserta perhimpunan sudahpun bergerak dari kawasan tersebut kira-kira 5 petang.

Premis perniagaan di sekitar Bintang Walk, Bukit Bintang kembali beroperasi sejak 3.30 petang, manakala pelancong asing dilihat berada di kawasan yang menjadi tumpuan.

[B]Agendadaily[/B] difahamkan, Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang Sabtu selepas memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan Bersih hari ini.

Sehingga jam 4 petang suasana sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur yang kecoh dengan perhimpunan haram Bersih di beberapa lokasi masih belum reda. Namun keadaan masih terkawal.

Antara pusat tumpuan waktu ini ialah di Jalan Pudu, beberapa jalan menghala ke Stadium Merdeka, depan KLCC dan sekitar Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman.

Selain Ambiga turut ditahan polis Ketua Patriot Khairy Jamaluddin.

Sebelum itu polis telah berjaya menyekat perarakan para pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Haji hadi Awang dan lain-lain dari KL Sentral  sebelah Brickfields untuk ke Stadium Merdeka.

Kerana engkar arahan bersurai dan cuba melanggar sekatan polis, gas pemedih mata dilepaskan.

Ini membuatkan mereka berpatah balik ke KL Sentral.

Di situ Ambiga ditahan.

0 comments on "PERHIMPUNAN HARAM: 1,667 orang ditahan pihak bermuasa"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez