Berbuka puasa di tapak pasar malam ketika bulan Ramadhan bukanlah perkara asing bagi saya, begitu juga dengan tapak pasar ramadhan. Berapa banyak pasar malam dan berapa banyak pula pasar ramadhan termasuk pasar ramadhan pekan Sik yang tidak saya duduk berkumpul bersama rakan-rakan warganiaga yang trut menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Jadi jika kini saya memilih aktiviti untuk berbuka puasa ditapak pasar ramadhan, bukanlah bererti saya mahu mencuba sesuatu yang baru, sebaliknya ia adalah satu penghormatan besar kepada seluruh warganiaga pasar-pasar malam dan juga pasara ramadhan diseluruh negara kerana andalah antara orang yang benar-benar berjihad, iaitu jihad ekonomi. Jihad yang sungguh besar untuk Agama, keluarga, bangsa dan negara. Anda juga pejuang!
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Berbuka Puasa Bersama Warganiaga diTapak Pasar Ramadhan Pekan Sik"
Post a Comment