20/08/2011 - Pasar Ramadhan Sik mengandungi kira-kira 40 khemah dimana tiap-tiap khemah dikongsi pula oleh 4 orang warganiaga. Jika diikutkan dari jumlah khemah sepatutnya seramai 160 orang boleh berniaga sepanjang Ramadhan, tetapi memandangkan tidak semua khemah disewa oleh 4 orang dan tidak semua pula penuh, maka jumlah warganiaga Parar Ramadhan Pekan Sik adallah dalam lingkungan 90 orang lebih. Majoritinya orang tempatan yang berniaga secara bermusim sempena bulan puasa.
Bulan yang databg hanya setahun sekali ini adalah medan terbaik untuk merekaq yang mahu mencuba berniaga dan mencari sedikit keuntungan dalam masa yang agak singkat kerana dua peluang terhidang untuk mereka yang rajin, iaitu berniaga makanan untuk berbuka, menjual kuih-muih, pakaian dan perhiasan rumah ketika Syawal semakin menghampiri. Kerana EKONOMI juga satu bidang yang boleh kita BERJIHAD kepada Allah.
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Program serah Jalur Gemilang dan bubur lambuk kepada warganiaga pasar Ramadhan Pekan Sik."
Post a Comment