SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

07 November 2009

AKHIRNYA DIA MAHU KEMBALI BERSEKOLAH

Posted by onesik at 1:53 AM
Anak ini mungkin belum jelas hala tuju masa hadapannya.  Sebagai insan yang telah melalui dan melepasi zaman remaja seperti beliau sudah tentu pengalaman saya wajar saya kongsi bersama dia.  Baru berusia sekitar 14 tahun, namun tidak berminat pada mulanya untuk meneruskan persekolahan lalu memilih untuk menjadi pembantu dikedai runcit.

Mohd Razman Yusri menjelaskan dia kabur tentang arah masa hadapan dan selesa mencari sedikit duit belanja dengan menjadi pembantu disebuah kedai runcit, namun sebagai abang yang mempunyai tanggungjawab terhadap anak bangsa, saya telah meluangkan masa dengan pergi kerumah anak ini dikampung KualaTeloi, Batu 5 Sik dan cuba menyelami sambil memahami apa yang dipendamkan oleh beliau sehingga tergamak mengambil keputusan untuk menjauhi alam persekolahan.



Setelah berbicara dari hati kehati, dan memberi gambaran yang lebih bermakna tentang pentingnya mencari ilmu dalam akademik, akhirnya beliau terbuka hati dan akur serta berjanji akan kembali keSekolah Seri Enggang, Batu 5 Sik pada Ahad( 8/11/2009)ini dengan dibimbing oleh seorang guru yang ikhlas untuk mendampingi beliau, iaitu Cikgu Pedzil yang turut bersama-sama saya dan beberapa lagi pemimpin UMNO Bahagain Sik ketika membuat lawatan keKampung Teloi Tua.  Saya berdoa agar Allah terus menetapkan hati beliau untuk kembali kesekolah dan meneruskan alam persekolahan sehingga menjadi manusia yang berguna kelak, insyaAllah.


 Mungkinkah beliau perlukan bimbingan yang lebih bersifat
peribadi?

 
Ayahndanya juga menaruh harapan agar minatnya kesekolah
kembali mekar selepas bertemu dan berkonsi pendapat dengan
saya.
 
 Ibunya juga menaruh harapan yang tinggi agar dia dapat meneruskan
pelajarannya sehigga keperingkat tertinggi

 

Cikgu Pedzil sanggup turut serta bersama-sama saya untuk
memujuk Mohd Razman untuk meneruskan persekolahannya.
Ketua UMNO cawangan Merbau Kudong yang rapat
dengan keluarga Pak Yusri turut menaruh harapan agar
Razman mahu meneruskan persekolahan beliau.

0 comments on "AKHIRNYA DIA MAHU KEMBALI BERSEKOLAH"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez