Menyedari begitu ramai penunggang-penunggang dan pemilik-pemilik motorsikal diParlimen Sik belum memiliki lesen sah dari JPJ, maka atas inisiatif pihak saya dan seluruh kepimipnan UMNO Bahagian Sik, ketua-ketua masyarakat, NGO, polis serta pihak JPJ sendiri, maka satu kempen yang bertepatan dengannya telah diadakan dengan hasrat agar mereka dapat memiliki lesen sah tanpa perlu pergi ke JPJ.
Kempen ini telah mendapat sambutan hangat dari pemilik dan penunggang motosikal dimana kedatangan mereka kekawasan dimana kempen ini dijalankan begitu menggalakkan sekali. Kempen ini juga telah disertai oleh JPJ sendiri, Polis, Bomba, Fama, Jabatan Pertanian dan KEDA dengan membuka 'booth' untuk memudahkan pelanggan menemui mereka. Kempen ini berjalan selama 3 hari.
Saya telah dijemput untuk merasmikan Majlis Penutup Kempen berkenaan pada 7/11/2009.
0 comments on "KEMPEN SATU KOMUNITI SATU JPJ"
Post a Comment