Saya sedang menandatangani borang bantuan bencana oleh FELCRA
(diwakili oleh Encik Shahrin dan Encik Jamil, selaku wakil FELCRA Belantik)
dirumah pengerusi JKKP Kampong Kuala Temin, Pak Ndak Mat. Turut hadir
ialah pembekal bahan binaan, Encik Khalid.
Sedang mendengar taklimat sebelum pergi menemui
dan memberi bantuan segera kepada warga emas yang juga ibu tunggal,
Rokiah Binti Awang Kechik. Turut hadir ialah Ketua Penerangan UMNO Bahagian,
Bendahari UMNO Bahagian, Ketua Pemuda yang juga Penyelaras DUN Jeneri
lain-lain AJK Bahagian dan turut serta ialah Naib Ketua Pemuda Bahagian,
Encik Aznan Abdullah.
Bumbung rumah ini melayang ditiup angin ribut 2 hari yang lepas,
di Kampung Seri Temin dalam DUN Jeneri .
Saya sedang berdiri membelakangi kepingan
bumbung zing yang rosak kerana diterbangkan angin ribut.
Bantuan segera disalurkan kepada mangsa ribut
Bukan setakat dua-tiga keping bumbung Zing, tetapi juga
kayu, paku dan juga bahan lain lengkap diberi juga
unttuk membolehkan kerja pembaikan dilakukan
tanpa gendala.
Saya singgah kekedai membaiki motosikal ini sambil memberi
perangsang dan penerangan mengenai bantuan dana
yang ada sekiranya pemilik kedai membaiki
motosikal ini ingin mengembangkan perniagaan beliau.
(Atas dan Bawah)
Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir
Encik Hassan bin Aya, Kampung Kuala Temin.
Meneliti keadaan longkang yang rosak teruk akibat
dirempuh oleh arus air yang deras diKampung Gajah Putih,
bersama-sama dengan pegawai
dari JASA dan juga Pejabat Pembangunan Negeri
Titi Sungai Berok juga mengalami kerosakan tebing
akibat rempuhan air yang deras.
Saya juga diminta singgah disatu kedai kopi oleh masyarakat setempat
untuk membincangkan mengenai kilang memperoses serai mereka disitu.
Seperti biasa saya boleh dimana sahaja berbincang tentang permasaalahan
rakyat Sik supaya ianya dapat segera diselesaikan.
Sedang menziarahi Pak Joe(Johari) yang sedang sakit.
Beliau adalah Setiausaha UMNO cawangan Kampung
Sena, merangkap setiausaha JKKP Kampung Sena.
Sumbangan tunai dan makanan juga dihulur bagi meringankan
beban yang keluarga beliau tanggung.
1 comments on "SIRI LAWATAN KERJA DIPARLIMEN SIK - 10"
mohon perhatian yg lebih kepada pengundi di Kg. Kuala temin...
Post a Comment