Saya yang sepatutnya memulakan tugas hari ini dengan meraikan rakyat Sik berketurunan Tionghua seawal jam sembilan pagi telah menundakan tugasan ini demi untuk melawat korban kemalangan di hospital Sik di samping menguruskan pengkebumian mangsa-mangsa. Setelah selesai menguruskan kelengkapan kepada ketiga-tiga jenazah seperti kain kapan, van jenazah dan backhoe untuk menggali lahat bersama-sama Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Sik Azmi Morat barulah saya meneruskan rancangan yang telah di aturkan sebelumnya.
Kemalangan ngeri yang berlaku berhampiran Melati Desa itu benar-benar menyayat hati dan di luar jangkaan saya. Sebelum itu saya juga telah sempat berhenti di tempat kemalangan untuk melihat sendiri keadaan kenderaan mereka dan juga untuk mendapatkan maklumat sahih dari pihak polis yang masih berada di kawasan kemalangan ketika ketibaan saya.
Sesungguhnya kemalangan dimusim perayaan adalah satu situasi yang seboleh mungkin semua kita ingin mengelaknya. Namun kita juga tidak boleh menolak ketentuan Allah....Alfatihah kepada ketiga-tiga korban.
0 comments on "KEMALANGAN NGERI YANG MERAGUT TIGA NYAWA"
Post a Comment