Perlu di akui bahawa pengambilan gula yang berlebihan di dalam makanan bukanlah sesuatu yang baik untuk di amalkan. Pelbagai risiko penyakit akibat dari pengambilan gula yang berlebihan kemungkinan akan di idapi oleh mereka yang mengamalkan budaya pemakanan yang buruk. Menyedari akan perlunya rakyat di sedarkan tentang pengambilan gula yang berlebihan satu kempen telah di adakan dengan di hadiri oleh Menteri yang terbabit, iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dan tidak di nafikan bahawa bekalan tidak menentu gula dunia juga menyebabkan harga yang tidak menentu, tetapi kearah menaik. Kempen ini berlangsung pada 16/01/2010 yang lalu.
2 comments on "KEMPEN KURANGKAN GULA BERSAMA DATUK ISMAIL SABRI"
BODOH PUNYA STATMENT. BILA HARGA GULA NAIK, BUAT KEMPEN KURANGKAN MAKAN GULA. JIKA ITU JADI SANDARANNYA, BILA BERAS NAIK, AIR NAIK, MINYAK PETROL NAIK KENAPA TAK BUAT KEMPEN KURANGKAN MAKAN NASI, KURANGKAN MINUM AIR DAN KURANGKAN GUNA MINYAK PETROL. INILAH PROJEK UMNO UNTUK NAK MEMPERBODOHKAN RAKYAT.
Sebenarnya tiada yang tertindas secara relatifnya kecuali mereka yang di dorong untuk berfikiran begitu atas label yang seperti saudara labelkan pada diri saudara sendiri yang rakyat lain tidakpun demikian responnya.
Pergilah negara manapun, perkara-perkara yang sama tetap berlaku, namun atas kebijaksanaan kerajaan, maka kenaikan-kenaikan harga barangan tertentu, terutamanya barang terkawal dapat di bendung kenaikannya dan rakyat masih dapat menikmati harga barangan yang lebih murah kerana di beri subsidi oleh kerajaan. Sebagai contoh, rakyat Thailand sanggup menyeludup minyak dan gula dari Malaysia kerana harganya masih murah berbanding harga di Malaysia, apakah kita tidak memikirkannya? Mengapa hendak di samaratakan antara gula dengan beras, air dan minyak petrol? Bukankah gula itu manis? Dan takrif air yang naik ialah kerana Kerajaan PAS Kedah telah menswastakan pengurusan bekalan air Kedah kepada pihak swasta untuk mendapatkan pulangan tanpa risiko. Bab kenaikan harga air di minta tuan tanya dengan pihak Kerajaan Kedah.
Di harap pihak tuan berhujah secara rasional di blog ini secara berfakta. Apakah di dalam prinsip ekonomi, bila permintaan mengatasi bekalan, maka nilai pasarannya statik???
Janganlah hanya kerana hasutan dari sesetengah pihak yang tidak perlu mengerah ilham mengurus rakyat dan negara, maka tuan boleh secara sembrono menghamburkan kata-kata yang tuan sendiripun tidak faham sepenuhnya dan hanya mengulangi apa yang didengar dari orang lain tanpa di fahami sepenuhnya.
Post a Comment