Selepas membuat kunjungan muhibah sebelum masyarakat Cina dalam Parlimen Sik tempohari, pukul 8.30malam, 24hb Februari 2010(semalam) bertempat di Dewan Sekolah Chun Hwa, Pekan Sik, dengan kerjasama MCA dan Gerakan Bahagian Sik, kami bersama-sama telah mengadakan jamuan bersempena dengan Sambutan Perayaan adat/masyarakat mereka iaitu Gong Xi Fa Cai.
Seperti mana-mana perayaan masyarakat, golongan yang paling gembira sudah tentulah kanak-kanak. Saya amat terhibur melihar gelagat mereka yang kegembiraan ketika suasana Gong Xi Fa Cai masih lagi hangat di rayakan. Senyum dan tawa mereka membuatkan azam saya untuk terus menabur khidmat kepada seluruh rakyat Sik tanpa mengira batas bangsa mahupun agama bertambah semarak semerah warna tema setiap kali Gong Xi Fa Cai di sambut.
Tidak lengkap sesuatu perayaan itu jika warga emas tidak di beri penghargaan yang paling istimewa, memang fitrah manusia yang muda menghormati yang tua. Warna perayaan akan menjadi kusam sekiranya kita mengabaikan warga emas seperti juga ibu bapa kita. Gembiranya saya kerana kesemua golongan warga emas berketurunan Tionghua di Sik masih mengenali saya dan masih mengenali juga ibu bapa saya apabila berbual mengenai kisah lampau masing-masing.
Dan lebih menghangatkan suasana perayaan ini ialah bilamana ianya turut di sambut oleh Keturunan Siam yang boleh dikatakan telah mengadaptasi cara hidup kaum Cina termasuklah turut merayakan Gong Xi Fa Cai sebagai perayaan utama mereka.
Angpow dan Gong Xi Fa Cai adalah dua elemen dalam satu, ibarat isi dengan kuku, irama dan lagu pemberian angpow membentuk sebahagian dari perayaan ini selain dari makan besar, kunjung-mengunjungi jiran dan melwat warga emas.
Begitu juga dengan makanan, setiap perayaan atau majlis tidak lengkap jika tetamu yang di jemput tidak di jamu dengan makanan dan minuman.....
Tanggungjawab saya dalam membantu masyarakat dalam menyelesaikan masaalah rakyat setempat bukanlah terhenti bila ada majlis-majlis seperti ini, jika ada ruang, semesti dan sepastinya saya akan cubadengan seberapa pantas dan segera untuk menyelesaikannya.
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "MAKAN MALAM BERSAMA MASYARAKAT TIONGHUA PARLIMEN SIK"
Post a Comment