SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

23 March 2010

JKM lulus bantuan warga emas

Posted by Detguaq at 2:09 AM



KAMPUNG BARU NAMI - Belum sampai sehari kisah warga emas, Taib Teh, 94, tersiar , pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) segera turun padang bagi meluluskan permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) untuknya, semalam.

Pengarah JKM Negeri Kedah, Zulkifli Ramli, berkata, pihaknya meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM300 bagi meringankan beban yang ditanggung warga emas itu, bermula dari bulan Mac.

Menurutnya, dengan tindakan itu, sekurang-kurangnya dapat membantu golongan yang memerlukan seterusnya dapat membela kebajikan golongan yang patut menerima bantuan.

“Difahamkan, pihak JKM tidak menerima sebarang permohonan bantuan atas nama Taib Teh, seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian semalam, namun setelah diperiksa, didapati warisnya pernah mengemukakan permohonan kepada jabatan lain.

“Namun kami berterima kasih dengan penyaluran maklumat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Mohd Tajudin Abdullah, dan pihak sinar sendiri, sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah ini dengan segera,” katanya.

Zulkifli berkata, warga emas itu juga layak sekiranya berminat untuk mendiami rumah orang tua kerana dia tinggal bersendirian, setelah kematian isteri dan tidak mempunyai anak.

Sementara itu, anak saudara warga emas berkenaan, Khalijah Ahmad, 65, berkata, dia belum bersedia menyerahkan bapa saudaranya kepada mana-mana rumah kebajikan kerana ingin menjaganya.

“Selagi saya masih hidup dan mampu menguruskan keperluan hariannya, saya akan berusaha memastikan kebajikannya terjaga. Namun jika berlaku sesuatu, terpulang kepada pihak jabatan untuk mengambil tanggungjawab itu.

“Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya JKM, wakil rakyat, dan pihak terlibat kerana sudi memberi perhatian seterusnya meluluskan bantuan itu,” katanya.

Khalijah berkata, sekurang-kurangnya, dengan bantuan bulanan itu, dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan bapa saudaranya, seperti ubat-ubatan dan makanan harian.

“Sebelum ini, segala perbelanjaan menguruskannya ditanggung kami, walaupun kadangkala tidak mencukupi kami terpaksa berjimat,” katanya.

Turut hadir, Mohd Tajudin Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, Halijah Yahaya.

3 comments on "JKM lulus bantuan warga emas"

Mosal said...

Salam. Di dalam menangani masalah kemiskinan, pihak YB perlu lebih telus. Segala bantuan perlulah disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Jangan wujudkan karenah birokrasi. Usahlah selepas sesuatu berita tentang kemiskinan atau kesusahan penduduk didedahkan di dalam media masa, baru ada tindakan susulan diberikan. Tahniah kerana YB tetap mengambil berat masalah kemiskinan penduduk di Sik.

Pakteh on March 23, 2010 at 9:00 PM said...

Salam
Dalam isu warga emas ini, saya sendiri berada bersama YB ketika hari pertama tinjauan YB ke Kg Baru Nami dan dijelaskan sendiri oleh anak saudara beliau bahawa mereka tidak pernah meminta dari JKM.
Atas anisiatif YB dan Laporan oleh Sinar, maka nasib warga emas ini kini terbela...Tahniah diucapkan.
Jika di tempat lain, ada laporan baru YB atau YAB atau pihak2 lain turun padang, tapi dalam kes YB Tajuddin, Beliau yang turun mencari dan meninjau masalah penduduk sehingga terjumpa masalah warga emas ini. Ini menarik untuk dinilai oleh masyarakat.

Anonymous said...

salam..
saya setuju dengan pendapat di atas..
Pihak JKM Sik perlu lebih telus dalam menangani masalah warga emas..kita perlu ingat tanpa mereka siapalah kita dalam meniti arus pembangunan dan kemerdekaan yg kita kecapi sekarang.sesuatu permohonan yg dibuat perlulah diteliti dan pemantaun dibuat mengikut prosedur yg betul.beri bantuan kepada org selayaknya. kasihan...kerana mereka amat memerlukan tambahan pula bagi warga emas yg tinggal sebatang kara.

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez