SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

15 March 2010

KARNIVAL SEPAK RAGA TUJU SUNGAI SEMIAR

Posted by Detguaq at 7:44 AM


Karnival ini telah di adakan pada 13/03/2010 di Kampun KEDA Sungai Semiar dengan di sertai oleh hampir 200 orang.  Sepak raga tuju adalah permainan atau sukan rakyat yang paling popular di utara terutamanya di Kedah.  Acap kali sukan ini berjaya menghimpunkan seluruh peminat sukan ini tidak kira lapisan umur dan bangsa.  Sukan ini jika di anjurkan oleh kumpulan-kumpulan peminatnya sekurang-kurangnya akan di hadiri lebih dari 100 orang pada setiap kali ianya di mainkan.  Selalunya mereka ini mengumpul sumbangan sesama mereka untuk menjayakannya. 





Biasanya jamuan makan ala jamuan berselrak akan di adakan bagi menjamu tetamu-teamu yang terdiri dari penggiat-penggiat permainan ini yang datang sejauh Taiping, Setiawan di Utara Perak, Pulau Pinang dan juga Perlis.  Di Kedah hampir setiap hujung minggu akan di adakan karnival sukan ini sebagai mengiratkan tali silratulrahim penggiat-penggiatnya.  Kita jangan hairan melihat keakraban mereka ketika bermain.  Gelak tawa dan usikan mereka sungguh mesra. Kerapatan perhubungan persahabatan mereka umpama saudara sendiri walau berlainan bangsa.  Orang Melayu tidak kekok untuk berjenaka dengan rakan mereka yang terdiri dari kalangan orang Cina, India dan Siam.





Usikan yang kadangkala nampak seperti begitu rasis sekalipun di sudahi dengan deraian tawa yang menunjukkn mereka tidak terusikpun dengan hasutan politik dari mana-mana parti.  Malah tidak menghairankan jika tetamu yang jauh sejauh Taiping walaupun ianya Cina tetapi tidak kekok untuk bermalam di rumah sahabat Melayunya jika tidak ada kesempatan untuk pulang setelah keletihan akibat seharian bermain sepakraga tuju.





Kemesraan dengan keluarga mereka juga terjalin hasil dari sukan sepak raga tuju ini.  Ia terbawa-bawa sehingga dalam pergaulan berbentuk kemasyarakatan apabila ada kenduri perkahwinan, sakit demam mahupun kematian.

2 comments on "KARNIVAL SEPAK RAGA TUJU SUNGAI SEMIAR"

MOHD JAMIL BIN PILUS said...

saya,jamil bin dato' haji muhd pilus dari kampong sungai semiar,sik amat berbangga dengan kehadiran YB Mohd Tajuddin bin Abdullah ke karnival Sepak Raga Tuju kerana sudi meluangkan masa bersama kami.Terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

Anonymous said...

kalu nak bersukan tak payah guna politik..lebih-lebih lagi lambang keris yang berkarat tu..orang naik meluat.

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez