Saya berpeluang beberapa kali ke luar negara untuk di perlihatkan keadaan kedaifan rakyat mereka di sana-sini., Bukan sahaja tempat berlindung mereka amat menyedihkan sekali, malah sistem sanitasi serta kumbahan boleh di katakan tidak ada langsung. Begitu juga dengan bekalan air minuman di proses. Malah jalan perhubungan juga tidak ada, hanya mengharapkan laluan yang terjadi secara semulajadi seperti denai kerana larian air hujan mahupun kerana ianya juga menjadi laluan haiwan liar. Dan begitu menyentuh hati apabila di ingatkan bagaimana mereka mengalas perut setiap hari. Jika di Malaysia, menyelongkar tong sampah adalah kerana hendak mencari bahan yang boleh di kitar semula, manakala jika yang menyelongkar tong sampah untuk mendapatkan sisa makanan hanya di lakukan oleh mereka yang tidak waras seperti orang gila dan pesakit jiwa, tetapi di negara-negara tertentu di luar sana, ia adalah aktiviti harian rakyat miskin yang kelaparan.
Bandingkanlah, jika di Malaysia rumah-rumah seperti di gambar-gambar di bawah sudah di kategorikan sebagai rumah yang daif, kategori apa pula yang sesuai untuk kita beri kepada rumah-rumah(bolehkah di katakan rumah?)yang saya muatkan gambarnya di atas?
Bukan hendak membangga diri, tetapi sekadar menyatakan hakikat dan fakta bahawa dalam konteks Negara Membangun, dalam kategori negara-negara dunia ketiga dan kedudukan dalam negara-negara rantau Asia, Malaysia masih dalam kedudukan yang positif dalam ranking mana-mana kategori yang saya sebutkan tadi.
Bukti bergambar di bawah adalah mewakili menifestasi serta hasrat dan keikhlasan Kerajaan Barisan Nasional terhadap kebajikan seluruh rakyat, baik yang memuji mahupun yang memaki.
MasyaAllah!!! Ada yang mendapat rumah secara percuma sebagai mengganti rumah mereka yang daif dan ada juga mendapat bantuan pinjaman mudah untuk membina rumah selesa dengan tiga bilik dan dua bilik air serta bekalan air bersih termasuk bekalan elektrik yang dengan hanya ansuran lebih rendah dari membayar rumah yang di sewa serta bayaran balik secara ansuran jangka panjang, apa lagi yang hendak di katakan?
MALUKAH KITA UNTUK BERKATA ALHAMDULILLAH?
0 comments on "RUMAHKU SYURGAKU"
Post a Comment