Walaupun telah beberapa kali bersuara dan menjerit di dalam Dewan Persidangan tiap-tiap kali Dewan Yang Mulia bersidang, tetapi suara jeritan rakyat Sik belum sampai ketelinga Kerajaan PAS di Kedah. Apakah nasib malang akan berterusan terhadap rakyat Sik yang empangan tadahan air berada di dalam daerahnya?
Kalau sebelum ini, jika ada masaalah air bekalan, Kerajaan Barisan Nasional semasa di beri kuasa memerintah Negeri kedah oleh rakyat jelata akan dengan segera menyelesikannya. Tidak cukup dengan agensi dan jabatan kerjaan, kontraktor-kontraktor tempatan akan segera di kerah untuk membantu menyelesaikan masalah terutamanya dalam bab penghantaran air minuman diproses keseluruh pelusuk daerah jika ada aduan.
Malangnya sikap Kerajaan Kedah di bawah pemerintahan PAS sekarang ini, bukan sahaja suara pemimpin politik pembangkang seperti saya tidak di endahkan, malahan suara dan aduan rakyat juga tidak di hiraukan. ini amatlah di kesali kerana perkara (tindakbalas) ini tidak saya jangkakan dari sebuah kepimpinan yang sebelum berkuasa begitu mudah menabur pelbagai janji, namun apabila rakyat memberi peluang mereka menguruskan Negeri Kedah hal yang sebegini penting tidak dapat di tangani ewalaupun ianya begitu kritikal sekali. Sekali lagi, saya sungguh kesal.
0 comments on "AIR OH AIR"
Post a Comment