Sebaik selesai tugasan di Peti Undi Pekan Rasa, di Hulu Selangor saya terus bergegas pulang kerana keesokannya(26/04/2010) mesyuarat Dewan Undangan Negeri akan bersidang pada pukul 9.00 pagi. Segala soalan yang ingin di kemukan kepada Dewan yang Mulia telah saya sediakan sejak sekian lama, sejak berakhirnya sidang Dewan yang terakhir. Namun persidangan yang saya jangkakan akan berakhir setelah kesemua soalan-soalan penting dari pihak pembangkang dapat di ajukan tidak kesampaian bila Tuan Speaker mengambil keputusan untuk memendekkan masa persidangan bagi mengelakkan kekecohan yang di timbulkan oleh pihak kerajaan terutamanya soalan dari ADUN Kubang Rotan yang menyentuh kuasa Sultan, setelah beberapa soalan penting dari barisan pembangkang tidak dapat di jawab oleh pihak kerajaan Negeri Kedah.
Soalan-soalan mengenai Agama Islam dan Istana telah di desak untuk di tarik balik oleh pihak pembangkang manakala beberapa soalan yang perlukan jawapan segera pula terpaksa di tangguhkan jawapannya oleh pihak Kerajaan Negeri kerana kekurangan maklumat.
Selesai persidangan Dewan Undangan Negeri yang 'anti-climax' saya bergegas balik ke kawasan untuk terus menemui rakyat. Saya menuju ke rumah Naib Ketua Puteri UMNO Sik yang kehilangan ibu tersayang yang telah menghembuskan nafas terakhirnya beberapa hari lepas, ketika saya bertugas di Hulu Selangor sebagai destinasi pertama dan keHospital Daerah Sik sebagai destinasi utama saya hari ini.
Turut berada di rumah NKPu3 ialah mantan ADUN Jeneri,
Yang Berbahagia Encik Ismail Harun.
Bapa mertua saya, ayahnda Mohd Nowar telah di masukkan
ke wad dua hari lepas kerana masaalah jantung. Tetapi
keadaan beliau sudah stabil dan semakin sihat.
0 comments on "TERUS DARU HULU SELANGOR KE MESYUARAT DUN."
Post a Comment