Baru-baru ini, sebuah rumah di Kampung Pokok Jerai, Kampung Betong Jeneri telah rosak teruk akibat di hempap pokok besar yang tumbang akibat ribut. Kejadian pada 30/03 2010 itu bagaimanapun tidak meragut sebarang jiwa. Satu gerakan mengalih batang pokok dari rumah berkenaan secara spontan telah di buat secara gotong-royong. Atas usaha saya selaku Ketua UMNO Bahagian dan Penyelaras DUN Jeneri, bersama-sama dengan UMNO Bahagian Sik, bantuan segera di pohon kepada agensi-agensi berkaitan seperti JKM, FELCRA dan telahpun di luluskan.
Borang permohonan bantuan dengan segera di isi untuk
TINDAKAN SERTA MERTA(TSM).
Bantuan segera dalam bentuk wang tunai dan peralatan rumah
telah di sampaikan kepada mangsa.
0 comments on "MELAWAT RUMAH YANG ROSAK AKIBAT RIBUT"
Post a Comment