Sehari selepas Konvensyen BN di Menara MCA, Jalan Ampang semalam, saya tidak sempat pulang ke kawasan kerana Konvensyen berkenaan tamat pada lewat petang dan ada beberapa perkara yang saya belum dapat muktamadkan. Maka pada hari ini saya mengambil peluang untuk bertemu dengan dua tokoh UMNO yang di segani, iaitu Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Dato' Tajudin Abd Rahman yang juga pengerusi FELCRA bagi membincangkan masaalah rakyat yang berkaitan dengan FELCRA.
Kemudiannya saya sempat bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk membincangkan perkara berkaitan koperasi dan kebajikan.
Kemudiannya saya berpeluang bertemu sekali lagi dengan Dato' Seri Ismail Sabri sekali lagi pada sebelah malamnya bersama-sama Dato' Hj SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Bertemu Sambil Berbincang Dengan Dato' Tajudin dan Dato' Seri Ismail Sabri"
Post a Comment