05/12/2010.
Pada hari ini telah di adakan satu Konvensyen Barisan Nasional di Wisma MCA, Jalan Ampang. Sesuai dengan namanya sebagai Konvensyen Barisan Nasional, kesemua konponen parti-parti yang bergabung di bawah satu lambang ini telah berkumpul selama dua hari iaitu semasa majlis makan malama di kediaman Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN di Seri Perdana, Putrajaya dan hari ini di Wisma MCA bagi berkumpul sambil mendengar taklimat dari pemimpin-pemimpin. Tidak di nafikan ianya adalah berisi amanat-amanat pemimpin tertinggi BN bagi menyedarkan ahli-ahli gabungan untuk terus berpadu kukuh.
Perpaduan antara gabungan yang dilihat telah kembali pulih serta semakin mengukuh ini akhirnya akan menzahirkan keteguhan barisan yang ada bagi menghadapi PRU akan datangapabila kerajaan sekarang mengembalikan kuasa kepada rakyat bagi membuat pemilihan baru dalam PRU akan datang dalam ertikata untuk mendapatkan mandat yang mutakhir apabila jeda pemerintahan berkerajaan berakhir sebelum setiap lima tahun berlangsung. Inilah isi demokrasi yang telah di acuankan secara unik mengikut iklim politik di Malaysia.
Sudah tentulah sebagai parti yang di pilih oleh lebih dari 62% pengundi ini mahu terus menabur bakti kepada seluruh jelata untuk penggal berikutnya sepertimana yang telah selama 53 tahun ianya di lakukan oleh Barisan Nasional(Perikatan sebelum ini), malah dengan semangat yang kini telah kembali pulihbaik kepada parti khasnya dan rakyat istimewanya maka iltizam Barisan Nasional adalah mahu memberikan perkhidmatan yang lebih baik berbanding dulu kepada rakyat malah mahu memacu Malaysia kepada sebuah negara yang rakyatnya bergandingan berusaha bersama Kerajaan untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi.
Cita-cita ini hanya boleh di capai dengan perancangan yang baik, pengurusan yang tersusun dan akhirnya yang paling penting sekali ialah rakyat yang PROAKTIF. tanpa penyertaan yang aggresif dari rakyat maka cadangan hanya tinggal cadangan, perancancangan hanya tinggal perancangan dan akhirnya cita-cita murni ini tidak meungkin tercapai. tetapi saya amat yakin yang sebahagian besar rakyat Malaysia mahukan negara ini sentiasa aman makmur dengan politiknya yang stabil kerana akhirnya melalui keadaan inilah sahaja rakyat akan bersama dengan kerajaan dapat merasai apa yang telah, sedang dan yang akan laksanakan dari kandungan pelan Malaysia, Negara Berpendapatan Tinggi.
Sebagai sebuah daerah yang gerografinya amat intim dengan pertanian, maka hasrat besar saya ialah melihat Sik dapat seiringan dengan Kerajaan Pusat untuk sama-sama mendapat peluang ini dengan pendekatan agrikultur dan pelancungan atau singkatannya AGROTOURISM. Oleh itu rakyat Sik sewajarnya memikirkan bersama saya tentang hasrat murni ini dengan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional agar dapat terus mencurah bakti memajukan Sik khasnya serta Malaysia keseluruhannya.
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "KONVENSYEN BARISAN NASIONAL"
Post a Comment