Beginilah keadaan motorsikal yang terlibat dalam kemalangan
bersama dengan motorsikal yang lain.
Sebenarnya pada hari kemalangan, saya langsung tidak berkesempatan untuk menziarahi anak Pak Ya yang kemalangan ketika pulang dari sekolah di waktu tengahari 01/02/2011 yang lalu. Saya hanya sempat membantu dan menyelaras keperluan anak beliau melalui talipon sahaja. Alhamdulillah, ketika saya sampai di rumah beliau, saya lihat yang anak ketiga beliau ini dalam keadaan yang semakin pulih. Semuga anak beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan pengajian beliau yang akan sedikit terjejas ekoran cuti sakit yang beliau ambil sekarang ini di jangka akan memakan masa selama beberapa minggu lagi, sementelahan pula anak beliau ini akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini juga. Hanya pendarahan di dalam mata yang belum sembuh lagi
Sedikit sumbangan untuk belanja perubatan dari saya.
0 comments on "Melawat Anak Pak Ya Belantek"
Post a Comment