SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

28 February 2011

Tidak Sah Kalau tidak pekena Ikan Patin Masak Tempoyak jika ke Temerloh

Posted by Det Guaq9 at 1:25 PM

Temerloh adalah Bandar Ikan Patin.  Dan masak tempoyak ikan patin adalah resepi umum di kedai-kedai makan dan restoran di sekitar Temerloh waima restoran Cina sekalipun.  Tujuan untuk ke Restoran Rahmah terbantut apabila di tutup pada hari Ahad, lalu saya berpatah balik ke Bandar Temerloh.  Tempat di tuju ialah pusat makanan berhampiran stesen bas dan teksi di situ.  Walaupun kedai yang menjadi tumpuan ramai untuk menikmati masak tempoyak ikan patin di tutup, tetapi kedai yang menyediakan resepi yang sama yang terletak bersebelahan kedai berkenaan tidaklah menghampakan selera kami.





 Gulai tem[poyak ikan patin Pak Usop cukup terkenal di Pahang.
Pada hari beroperasi, tidak kurang dari 3 periok besar di gunakan 
untuk memasak gulai tempoyak yang cukup menyelerakan itu.
Hai.....tak ada rezeki kali ini...
Jadi singgahlah di sini untuk merasai gulai tempoyak ikan patin.
Ikan patin sungai walaupun di bela dalam sangkar, rasanya
tetap enak berbanding patin yang di bela dlam kolam buatan
yang di beri makan perut ayam seperti di Perak.

0 comments on "Tidak Sah Kalau tidak pekena Ikan Patin Masak Tempoyak jika ke Temerloh"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez