Sempena lawatan Dato' Mukhriz ke Sik, beliau telah di atur untuk bermalam bersama dengan salah seorang penduduk di BBBJ, iaitu Haji Abdul Rahman. Selepas program di Kampung Tala, beliau telah di bawa ke rumah Hj Rahman untuk berehat di samping untuk bersembahyang Mahgrib sebelum bertolak ke program futsal persahabatan di dalam Mukim Teloi, iaitu di Batu Lima.
Selepas bersama-sama rakyat Sik dalam program Futsal, Dato' Muhkriz bersama rombongan kembali ke rumah Haji Rahman untuk sessi bersembang santai sehingga awal pagi sebelum tidur dan kemudiannya bangun untuk sembahyang suboh di masjid BBBJ.
Dalam kesempatan ini pelbagai perkara telah di ajukan kepada Dato Mukhriz oleh penduduk-penduduk BBBJ kepada beliau. Alhamdulillah, layanan terhadap rakyat yang datang bertemu beliau cukup mengembirakan mereka tambah-tambah dengan sikap beliau serta penampilannya yang cukup bersederhana.
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Sembang Santai Bersama Dato' Mukhriz di BBBJ"
Post a Comment