SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

10 May 2011

CUKAI TANAH UUM: UMNO KEDAH KESAL, DAKWA PTG DIJADIKAN MANGSA KRITIKAN

Posted by DETGUAQ11 at 12:38 AM

Dari blog portal UMNO Kedah:

CUKAI TANAH UUM: UMNO KEDAH KESAL, DAKWA PTG DIJADIKAN MANGSA KRITIKAN


SIK, 6 Mei – UMNO Negeri Kedah berpendapat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sengaja menjadikan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebagai alasan untuk menolak rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi mendapatkan rebat cukai tanah.

Pengerusinya Datuk Paduka Ahmad Bashah Md hanipah berkata Menteri Besar hanya mahu mengalihkan kritikan orang ramai kepada PTG.

“Kerajaan negeri tahu apabila mereka menolak rayuan UUM bagi mendapatkan rebat cukai tanah maka rakyat akan marah dan mengkritik keputusan berkenaan. Bagaimanapun Azizan telah mengalihkan bebanan krtitikan itu kepada PTG”.

Pengerusi UMNO Kedah
“Sekarang Azizan akan berkata keputusan itu dibuat oleh PTG dan bukan keputusan beliau. Sebenarnya keputusan akhir adalah di tangan Menteri Besar, sekiranya PTG kata rayuan ditolak, Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mempertimbang dan memberi  rebat,” katanya.

“Saya melihat keputusan Azizan itu adalah atas faktor marah kepada pentadbiran universiti berkenaan dan kerajaan persekutuan,” kata  Ahmad Bashah sebagai mengulas keputusan kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS yang menolak permohonan bagi mendapatkan rebat cukai tanah kampus universiti berkenaan di Sintok, Kedah.

Ahmad Bashah bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Pencak Silat Remaja Negeri Kedah di Dewan Wawasan Gemilang di sini, hari ini. Pertandingan berkenaan bagi memilih pesilat bagi mewakili Kedah ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Ahmad Bashah yang melahirkan rasa kesal dengan keputusan terburu-buru berkenaan berkata, kerajaan negeri gagal memperimbangkan permohonan dengan adil dan saksama serta gagal melihat kepentingan universiti itu.

“Saya akui cukai itu penting kepada kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri yang adil dan bertanggungjawab akan mencari jalan lain mendapatkan pendapatan tanpa menyusahkan UUM,” katanya.

Beliau juga merasa amat kecewa dengan kenyataan amaran Azizan yang dilaporkan berkata akan berlaku proses menyita sekiranya cukai berkenaan gagal dibayar pada bulan hadapan.

“Apakah ini sikap seorang Menteri Besar?. Adakah sanggup beliau mengugut sebuah universiti yang telah banyak menyumbang bakti kepada negeri Kedah,” katanya.

0 comments on "CUKAI TANAH UUM: UMNO KEDAH KESAL, DAKWA PTG DIJADIKAN MANGSA KRITIKAN"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez