SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

26 November 2009

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN DAN LAWATAN DI RAJA KEDAH KELADANG ANGGUR BERIS.

Posted by onesik at 5:01 PM 0 comments
24/11/2009
Daerah Sik merasa amat bertuah serta dihargai apabila Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Al Marhum Sultan Badlishah sudi mencemar duli untuk turun keDaerah Sik untuk tujuan menyerahkan lembu korban kepada rakyat Sik yang tinggal di sekitar Gulau dan seterusnya melawat ke ladang anggur milik seorang pengusaha Melayu kawasan Kuala Beris. Ladang berkenaan ditanam dengan dua jenis anggur, iaitu anggur hijau dan anggur hitam, dimana sistem tertutup digunakan dan kini telahpun berbuah lebat dan sudah boleh mula dituai.


Tunka Raja Muda sedang menyerahkan tali, simbolik kepada penyerahan lembu korban kepada pihak
yang mewakili rakyat Gulau yang bertempat di SK Gulau.

PERSIDANGAN SEMULA DEWAN YANG TERTANGGUH GARA-GARA TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK

Posted by onesik at 2:24 AM 0 comments


KURSUS PEMANTAPAN DAN MOTIVASI UMNO BAHAGIAN SIK

Posted by onesik at 2:11 AM 0 comments


PERSIDANGAN DEWAN TERGENDALA

Posted by onesik at 1:06 AM 0 comments
20/11/2009



25 November 2009

MAJLIS SANTAPAN DIRAJA SEMPENA PERSIDANGAN DEWAN NEGERI

Posted by onesik at 9:00 PM 0 comments
17/11/2009




MEMPERKASAKAN MASYARAKAT PEKEBUN KECIL

Posted by onesik at 7:36 PM 0 comments


MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH BAGI PENGGAL KEDUA

Posted by onesik at 7:00 PM 0 comments


SESSI BERTEMU AHLI CAWANGAN

Posted by onesik at 6:30 PM 0 comments
Selepas solat Isya, dikampung Kemelung.



MAJLIS DIALOG BERSAMA DENGAN PENGERUSI JKKKP DAN AJK KAMPONG BARU DANGLAU

Posted by onesik at 5:30 PM 0 comments
16/11/2009
Tuan Haji Ahmad Ayat(pengerusi) membincangkan isu pembangunan dan permasalahan kampung.





HARI GRADUASI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PARLIMEN SIK

Posted by onesik at 5:00 PM 0 comments


BENGKEL PENETAPAN KEBERHASILAN BERSAMA

Posted by onesik at 1:33 AM 0 comments


PERSIDANGAN PEMBENTANGAN BAJET 2010 NEGERI KEDAH.

Posted by onesik at 1:00 AM 0 comments


21 November 2009

SIRI LAWATAN KERJA DIPARLIMEN SIK - 10

Posted by onesik at 12:40 PM 1 comments
Sebagai tanggungjawab utama, saya meneruskan siri lawatan kerja bagi mengatasi setiap masaalah yang dihadapai oleh seluruh rakyat di Parlimen Sik sekiranya ada dalam pengetahuan saya.  Dan seboleh0bolehnya saya akan bersegera samada turun terus ketempat-tempat yang diadukan atau akan mengatasi setiap permasaalahan rakyat melalui saluran-saluran lain yang sesuai dengan satu matlamat iaitu cuba sebaik mungkin mengarasi setiap masaalah yang disampaikan kepengetahuan saya sepantas yang boleh, InsyaAllah.


 Saya sedang menandatangani borang bantuan bencana oleh FELCRA
(diwakili oleh Encik Shahrin dan Encik Jamil, selaku wakil FELCRA Belantik)
dirumah pengerusi JKKP Kampong Kuala Temin, Pak Ndak Mat.  Turut hadir
ialah pembekal bahan binaan, Encik Khalid.

 
 Sedang mendengar taklimat sebelum pergi menemui
dan memberi bantuan segera kepada warga emas yang juga ibu tunggal,
Rokiah Binti Awang Kechik.  Turut hadir ialah Ketua Penerangan UMNO Bahagian,
Bendahari UMNO Bahagian, Ketua Pemuda yang juga Penyelaras DUN Jeneri
lain-lain AJK Bahagian dan turut serta ialah Naib Ketua Pemuda Bahagian,
Encik Aznan Abdullah.


 
Bumbung rumah  ini melayang ditiup angin ribut 2 hari yang lepas,
di Kampung Seri Temin dalam DUN Jeneri .


 
 Saya sedang berdiri membelakangi kepingan
bumbung zing yang rosak kerana diterbangkan angin ribut.

 
Bantuan segera disalurkan kepada  mangsa ribut

 
 Bukan setakat dua-tiga keping bumbung Zing, tetapi juga
kayu, paku dan juga bahan lain lengkap diberi juga
unttuk membolehkan kerja pembaikan dilakukan
tanpa gendala.

 


 
 Saya singgah kekedai membaiki motosikal ini sambil memberi
perangsang dan penerangan mengenai bantuan dana
yang ada sekiranya pemilik kedai membaiki
motosikal ini ingin mengembangkan perniagaan beliau.

 
(Atas dan Bawah)
Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir

 
 Encik Hassan bin Aya, Kampung Kuala Temin.

 
 Meneliti keadaan longkang yang rosak teruk akibat
dirempuh oleh arus air yang deras diKampung Gajah Putih,
bersama-sama dengan pegawai
dari JASA dan juga Pejabat Pembangunan Negeri

 
 Titi Sungai Berok juga mengalami kerosakan tebing
akibat rempuhan air yang deras.

 
 Saya juga diminta singgah disatu kedai kopi oleh masyarakat setempat
untuk membincangkan mengenai kilang memperoses serai mereka disitu.
Seperti biasa saya boleh dimana sahaja berbincang tentang permasaalahan
rakyat Sik supaya ianya dapat segera diselesaikan.

 


 Sedang menziarahi Pak Joe(Johari) yang sedang sakit.
Beliau adalah Setiausaha UMNO cawangan Kampung
Sena, merangkap setiausaha JKKP Kampung Sena.
Sumbangan tunai dan  makanan juga dihulur bagi meringankan
beban yang keluarga beliau tanggung.



MEMENUHI UNDANGAN PERTANDINGAN BOLING PUTERI UMNO KEDAH

Posted by onesik at 12:06 PM 0 comments
Pada hari Rabu(18/11/2009) saya berkesempatan memenuhi undangan Puteri UMNO Kedah yang telah mengadakan pertandingan bolingTertutup Puteri UMNO Kedah yang telah di hadiri oleh wakil-wakil setiap Puteri Bahagian dalam Negeri Kedah.  Juara keseluruhan ialah Puteri UMNO Bahagian Baling.  Tahniah kepada semua peserta.  Perpaduan dan kesepekatan Puteri UMNO Kedah saya doakan berterusan demi untuk kemantapan UMNO khasnya.



16 November 2009

PROGRAM BANTUAN USAHAWAN PELATIH PUSAT LATIHAN KEDA

Posted by onesik at 1:47 AM 0 comments
Pada tarikh 15hb Nov 2009 saya telah menghadiri satu majlis anjuran KEDA yang juga sebuah agensi Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh Barisan Nasional .  Majlis berkenaan bermula pada pukul  3.30ptg dan berlanjutan sehingga ke pukul 5.30ptg. di Pusat Rimba Taqwa, Sik Kedah.


Saya sedang menandatangani buku pelawat sambil disaksikan
olehEn. Mohd Nain Abdullah, Pengetua PUSTIKA dan
Encik Darus Hashim yang mewakili Pengurus Besar KEDA.

SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 9

Posted by onesik at 12:20 AM 0 comments





Melawat Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Sik yang
juga Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Sik,
Radin Mahadzar bin Ahmad Radin yang masih sakit

15 November 2009

MAJLIS PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT BELA NUSA DAN LAWATAN TPM

Posted by onesik at 11:35 PM 0 comments
Pada 9hb Nov 2009, UMNO Bahagian Sik telah mengadakan satu taklimat khas mengenai Kursus Bela Nusa dan Lawatan YAB TPM keKedah yang telah dipengerusikan oleh saya sendiri. Dalam taklimat tersebut kesemua sayap-sayap UMNO telah hadir.  Dalam taklimat tersebut saya telah bersetuju bersama-sama UMNO Bahagian Sik untuk membawa 500 orang ahli UMNO menyertai majlis lawatan YAB TPM di SMKA Yan, Titi Serong.



MENJUNJUNG KASIH TUANKU

Posted by onesik at 10:22 PM 0 comments

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)
(13 Disember 2006 - )
SULTAN TERENGGANU

  
Pada 11hb November 2009 yang lepas, saya telah berada di Kuala Lumpur kerana telah dijemput oleh pihak Istana Negara untuk menerima anugerah bintang kebesaran Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, AlWathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah pada keesokan harinya(12hb November 2009) di mana pada 11hb saya telah diarahkan untuk menghadiri sidang raptai bintang kebesaran.

Saya telah dianugerahkan bintang Johan Setia Mahkota(JSM) dari Seri Paduka Baginda sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk tahun 2009




08 November 2009

SIRI LAWATAN KERJA DIPARLIMEN SIK - 8

Posted by onesik at 9:59 PM 0 comments
Dalam keadaan musim hujan lebat, sudah tentu ada kawasan-kawasan rendah, kawasan-kawasan tebing sungai dan kapung-kampung berdekatan kawasan empangan adalah lokasi utama yang berisiko un tuk ditenggelami banjir.  Selepas selesai acara kempen dengan JPJ saya bergegas kesebuah lokasi diKota Aur untuk melihat kawasan yang telah ditenggelami air.

Sebuah rumah milik penduduk kampung berkenaan telah ditenggelami sehingga menyebabkan penghuninya terpaksa berpindah ketempat yang lebih tinggi berhampiran rumah mereka yang teruk ditenggelami.


SAMBUTAN PESTA LOI KRATHONG PERINGKAT NEGERI KEDAH

Posted by onesik at 9:27 PM 0 comments
Semalam, sambutan Pesta Loi Krathong peringkat Negeri Kedah telahpun diadakan diWat Siam, Kampung Begia, Sik.  Bermula pada pukul 8.30 malam, Pesrta berkenaan telah di rasmikan oleh wakil Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, iaitu Timbalan Menterinya Yang Berhormat, Senator Puan Heng Seai Kie.  Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, selaku Menterinya tidak dapat hadir kerana berada diluar negara, walaupun beliau begitu berkeinginan untuk hadir.

Turut hadir ialah Exco Negeri Kedah yang juga Pengerusi bagi Hal Ehwal Masyarakjat Siam Negeri Kedah dan tidak ketinggalan juga Datuk Siw Chun Eam, selaku Presiden Persatuan Siam Malaysia(PSM).  Kami diringi oleh Yang Bebahagia Encik Winai a/l Pet Keaw yang juga YDP PSM cawangan Sik merangkap Pengerusi Bersama Penganjur Pesta Loi Krathong peringkat Negeri Kedah serta lain-lain kenamaa.


Turut sama memeriahkan lagi Pesta Loi Krathong peringkat Negeri Kedah ialah pemimipn-pemimpin Parti Komponen peringkat Bahagian seperti MCA, MIC dan Gerakan dari hampir setiap Bahagian diNegeri kedah.



KEMPEN SATU KOMUNITI SATU JPJ

Posted by onesik at 8:53 PM 0 comments
Menyedari begitu ramai penunggang-penunggang dan pemilik-pemilik motorsikal diParlimen Sik belum memiliki lesen sah dari JPJ, maka atas inisiatif pihak saya dan seluruh kepimipnan UMNO Bahagian Sik, ketua-ketua masyarakat, NGO, polis serta pihak JPJ sendiri, maka satu kempen yang bertepatan dengannya telah diadakan dengan hasrat agar mereka dapat memiliki lesen sah tanpa perlu pergi ke JPJ.

Kempen ini telah mendapat sambutan hangat dari pemilik dan penunggang motosikal dimana kedatangan mereka kekawasan dimana kempen ini dijalankan begitu menggalakkan sekali.  Kempen ini juga telah disertai oleh JPJ sendiri, Polis, Bomba, Fama, Jabatan Pertanian dan KEDA dengan membuka 'booth' untuk memudahkan pelanggan menemui mereka. Kempen ini berjalan selama 3 hari.

Saya telah dijemput untuk merasmikan Majlis Penutup Kempen berkenaan pada 7/11/2009. 



07 November 2009

MAJLIS PELANCARAN GERAK 1MALAYSIA DIJERAI

Posted by Detguaq at 2:24 PM 0 comments
UMNO Bahagian Jerai telah dipilih bagi menggantikan UMNO Bahagian Kuala Kedah sebagai tempat dimana Majlis Pelancaran Gerak 1Malaysia peringkat Negeri Kedah disebabkan faktor cuaca. Majlis Pelancaran berkenaan akan diadakan seperti maklumat dibawah:


AKHIRNYA DIA MAHU KEMBALI BERSEKOLAH

Posted by onesik at 1:53 AM 0 comments
Anak ini mungkin belum jelas hala tuju masa hadapannya.  Sebagai insan yang telah melalui dan melepasi zaman remaja seperti beliau sudah tentu pengalaman saya wajar saya kongsi bersama dia.  Baru berusia sekitar 14 tahun, namun tidak berminat pada mulanya untuk meneruskan persekolahan lalu memilih untuk menjadi pembantu dikedai runcit.

Mohd Razman Yusri menjelaskan dia kabur tentang arah masa hadapan dan selesa mencari sedikit duit belanja dengan menjadi pembantu disebuah kedai runcit, namun sebagai abang yang mempunyai tanggungjawab terhadap anak bangsa, saya telah meluangkan masa dengan pergi kerumah anak ini dikampung KualaTeloi, Batu 5 Sik dan cuba menyelami sambil memahami apa yang dipendamkan oleh beliau sehingga tergamak mengambil keputusan untuk menjauhi alam persekolahan.

06 November 2009

MESYUARAT KHAS KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH SIK

Posted by onesik at 7:02 PM 0 comments

 Mesyuarat khas dengan Ahli Lembaga Pengarah
Koperasi, yang dipengerusikan oleh
Cikgu Razak

BANTUAN BUKU SOKONGAN UNTUK PELAJAR

Posted by onesik at 5:15 PM 0 comments
5/11/2009
Hari ini saya telah mengadakan satu program dalam membantu pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun hadapan diseluruh Parlimen Sik.  Tujuan saya membantu mereka dengan buku-buku tambahan walaupun hanya pada tahun 2010 mereka akan menduduki peperiksaan sebenar adalah sebagai bekalan awal terhadap persediaan fizikal dan mental mereka.

Diharap dengan bantuan ini semangat setiap dari mereka yang berjumlah 1,500 orang akan meningkat dan dapat memanfaatkan cuti panjang hujung 2009 ini dengan mendampingi selain dari buku-buku teks yang wajib dirujuk juga buku sokongan ini sebagai tambahan terhadap bahan bantuan.  Saya juga menyarankan mereka agar terus mencari 'study group' yang terbaik supaya melalui kaedah ini, mereka dapat pula bertukar-tukar maklumat hasil dari sumber rujukan yang sama.


Menandatangani buku pelawat ketika dipejabat Pengetua
SMK Sik, Encik Omar.

MESYUARAT PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH

Posted by onesik at 3:10 PM 0 comments


SEMINAR KEFAHAMAN 1MALAYSIA

Posted by onesik at 1:22 AM 0 comments
Seminar ini telah diadakan pada sebelah petang, 31/10/2009 di Dewan UMNO Bahagian Sik oleh JASA Parlimen Sik dan dianjur oleh JASANegeri Kedah.



Mahadzir Abd. Hamid, Pegawai JASA Parlimen Sik, merangkap
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik sedang memberi ucaptama.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah JASA Negeri Kedah,
Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dr Mansur Hj Abdul Rahman,
Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hajah Siti Meriam bt Salleh dan juga
Ketua Puteri UMNO Bahagian, Puan Norasimah bt Md Nowar.

03 November 2009

SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 7

Posted by onesik at 11:21 PM 0 comments
Pada Hari Sabtu, 31hb Oktober 2009, satu larian telah diadakan diLata Lembu, Sik sempena acara tahunan, Kembara Lata Lembu Emas kali ke11 di pusat rekreasi Lata Mengkuang, Sik.  Peserta perlu menghabiskan larian sejauh 12km bagi kesemua peringkat.



Bersama-sama anggota RELA Daerah Sik

02 November 2009

SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 6

Posted by onesik at 3:50 AM 0 comments
Aktiviti dan program pada 29/10/2009





SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 5

Posted by onesik at 3:02 AM 0 comments
Pada hari ini sekali lagi saya menziarahi kematian.




SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 4

Posted by onesik at 2:44 AM 0 comments
Gambar-gambar ini diambil pada 27/10/2009 semasa saya sedang menjalankan tugas TURBA.


Diperkarangan kubur Bandar Baru Beris Jaya semasa
menghadiri pengkebumian Allahyarham Mustafa Daim
seorang aktivis UMNO.  Turut bersama saya ialah Imam
Masjid Beris Jaya dan Tuan Hj Hassan Rejab, Pengerusi
JKKP Kampung Sungai Batang.

SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 3

Posted by onesik at 2:30 AM 0 comments
Aktiviti dan program pada 26/10/2009




Ketika dirumah Ketua UMNO Cawangan/Pengerusi JKKP(Encik Saad)
Kg. Sri Belukar, Mukim Teloi, DUN Jeneri.  Turut berada
dalam gambar ialah Setiausaha UMNO Cawangan, Pak Su Khori.


Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez