saya juga melawat kesebuah rumah dibawah skim RMR-SPNB yang baru disiapkan kemudiannya melawat kerumah warga emas untuk menyampaikan sumbangan dan memberi perkhabaran mengenai kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat terhaddap permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan bulanan.
Melawat kerumah OKU, Encik Mustafa yang perlu diperbaiki di Kampung Berona Kanan
Seterusnya saya menghadiri satu pertandingan sukan tradisi rakyat iaitu Pertandingan WAU Mukim Jeneri.
Selepas dari menghadiri pertandingan wau tradisi saya dan Ketua Pemuda, Mahadzir Abd Hamid melawat Ketua Cawangan Kampung Banggol Jeneri yang sedang uzur
Dan seterusnya ke Kampong Sungai Setar untuk melawat warga tua, Pak Saad Said yang kemalangan dan mengalami kecedraan dikaki beliau. Saya mendoakanagar beliau cepat sembuh.
Bersebelahan rumah Pak Saad, saya dapati ada sebuah rumah yang dalam keadaan uzur dimana bumbungnya mengalami kebocoran akibat reput dan perlu diperbaiki.
Akhirnya rombongan saya singgah dirumah saudara Sobri Hamid yang juga terletak di Kampong Sungai Setar untuk bermesyuarat tentang agenda dan aktiviti berkaitan kampung.
Kemudian saya ke Kampong Namek Tua untuk majlis Rangkaian Sahabat untuk berjumpa dan berbual sambil bertukar pandangan dan maklumat mengenai isu-isu semasa. Rumah sahabat saya semasa bersekolah, Encik kamaludin menjadi vanue pertemuan yang di hadiri lebih dari 30 orang sahabat-sahabat saya.
3 comments on "SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 14"
salam..bila pula YB nak buat lawatan kerja ke kampung belimbing ..harap jasa baik YB datang jengok -jengok depa kt sana...Terima kasih.
orang muda tolak umno
org teloi tolak umo gak
Post a Comment