SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

07 February 2010

AMK PKR REBAH BERBUKTI! PAS IKUT INSAFI.....

Posted by Detguaq at 12:37 AM
Jika semalam langkah sebahagian besar ahli-ahli AMK Sik berhijrah ke dalam UMNO secara lisan, hari ini mereka melalui wakil yang mereka lantik sendiri telah bersama-sama warga UMNO Sik berhimpun dalam satu program iaitu Juara Rakyat peringkat Bahagian.  Kesempatan ini telah mereka gunakan sebaik mungkin dengan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada UMNO Bahagian Sik dengan di saksikan oleh Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Dato'Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam suasana yang penuh keinsafan.





Lebih mengharukan lagi suasana ialah penyertaan oleh 20 orang ahli PAS ke dalam UMNO.  Mereka adalah ahli-ahli PAS dari sekitar DUN Belantik yang telah sedar bahawa Islam bukan milik hanya satu parti sahaja, Islam adalah milik manusia yang mahu beriman kepada Allah.  Mereka juga sedar bahawa mereka sebenarnya telah lama di gula-gulakan dengan ceramah-ceramah sehingga membentuk matahati yang hanya nampak satu atau dua dimensi sahaja.  Tetapi bila diminta peetanggungjawapan PAS kepada ahli awal-awal lagi mereka sudah tewas dan hanya mendendangkan janji semudah melepaskan dari bibir ketika berlagu di atas pentas-pentas ceramah tanpa perlu bermodal.











Dalam majlis yang sama, rakyat Sik yang hadir membanjiri Dewan UMNO Sik turut berpeluang mendengar ucapan penuh maklumat mengenai banyak kekurangan, kelemahan serta kecelaruan PKR yang kabur hala tujunya.  Mereka yang dimaksudkan ialah Cikgu Abd Hamid Othman, mantan Ketua PKR Padang Serai dan juga bekas orang kuat PKR Baling, Encik Radhi Lazim yang telah menyertai PKN ketika mula-mula ianya di tubuhkan, ketika rakyat 'hangat' dengan kekeliruan kes TPM pada ketika itu.  Ucapan mereka ternyata mengejutkan rakyat Sik yang hadir kerana isi ucapan mereka yang terang tanpa berselindung serta mudah di fahami tentang apa yang di perkatakan oleh mereka berdua.


Saya fikir, mereka wajar di beri peluang untuk meneruskan siri ceramah penjelasan tentang kesia-siaan perjuangan politik PKR yang dari awal-awal lagi tujuan penubuhannya adalah tersimpang dari apa yang di zahirkan atau dalam erti kata yang lain PKR di tubuhkan atasdasar yang BOHONG dari awal-awal lagi.

0 comments on "AMK PKR REBAH BERBUKTI! PAS IKUT INSAFI....."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez