SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

30 January 2010

TINDAKAN PANTAS UMNO BAHAGIAN SIK

Posted by onesik at 3:07 PM 0 comments

 Dari Utusan Malaysia:

Khatijah mangsa kebakaran lega dapat rumah baru


MOHD. TAJUDDIN Abdullah (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban Khatijah Shaari setelah rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Hujung Bandar, Sik, Kedah, kelmarin.


SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat hasil sumbangan orang ramai yang prihatin.
Jika semalam, Khatijah Shaari, 56, dan anak-anaknya, Mohd. Hizwan Osman, 22, Nurul Izati, 21, dan Mohd. Haris, 16, kelihatan sugul dan murung, hari ini keriangan terpancar di wajah mereka.
Lebih menggembirakan, empat beranak itu kini dapat menarik nafas lega apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) bersetuju membina rumah baru kepada mereka dalam tempoh terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Belantek, Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, rumah baru bernilai RM33,000 itu diluluskan melalui peruntukan khas Kerajaan Persekutuan hasil lawatannya dan beberapa pegawai agensi di tempat kejadian semalam.
"Kita mengambil tindakan serta-merta selepas mendapat tahu musibah yang menghadapi keluarga ini. Rumah baru ini akan dibina di tapak asal.
"Selain kelulusan membina rumah, UMNO Bahagian Sik dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menghulurkan bantuan daripada segi makanan, tempat tinggal sementara dan kewangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi semalam, suami kepada Khatijah bertindak membakar rumahnya sendiri serta lima buah kereta dan dua motosikal jirannya selepas dikatakan mengalami tekanan emosi.
Lelaki berusia 57 tahun tersebut turut mengamuk dengan menggunakan parang selain cuba mencederakan dua orang anaknya.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana semasa kejadian Khatijah dan anak-anak pasangan itu sempat melarikan diri.
Mohd. Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik berkata, pihaknya akan meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan tanpa mengambil kira latar belakang politik, agama dan kaum di kawasan tersebut.
"Mana-mana pihak yang menghadapi kesulitan, bolehlah menghubungi saya ataupun pemimpin masyarakat setempat. Kita akan membantu sedaya upaya," katanya.
Sementara itu, Khatijah ketika ditemui pemberita berkata, dia bersyukur kerana Mohd. Tajudin dan Keda sudi memberi peruntukan bagi menggantikan rumah asalnya itu.
"Selepas kejadian semalam, saya berasa amat buntu kerana tidak pasti di mana akan tinggal.
"Namun selepas perkara ini dibawa kepada Mohd. Tajudin dan dipanjangkan kepada Keda, ia diluluskan dengan segera.
"Saya kini boleh menarik nafas lega kerana ada pemimpin yang sudi buat rumah baru ini," katanya.

29 January 2010

DARI RUMAH TERBAKAR KE PUSAT ADUAN RAKYAT

Posted by onesik at 6:41 PM 0 comments
Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat, kerana telah menunggu di sana rakyat Sik yang berhadapan dengan beberapa masaalah yang perlukan tinddakbalas serta-merta.  Sudah tentu bantuan dari wakil rakyat amat di harapkan, menyebabkan saya berasa terpanggil untuk membantu sekadar terdaya.





Dalam kesuntukan saya masih sempat mencuri masa bagi membantu mereka untuk memperlengkapkan borang-borang permohonan, di mana saya telah mengguna pakai sistem mesra pelanggan yang bermaksud mereka tidak lagi perlu khuatir mengenai keperluan untuk mengisi borang kerana masih ada golongan rakyat yang datang tidak tahu menulis(golongan warga emas), sebaliknya pihak saya akan menguruskan borang-borang mereka dan mereka hanya perlu menandatangani borang itu setelah siap di isi dan penerangan di beri sehingga mereka memahami arahan dan keterangan yang ada dalam borang berkenaan.

BAKAR RUMAH SENDIRI

Posted by onesik at 6:18 PM 0 comments
Semalam, berlaku kejadian yang agak menggemparkan di Kampung Hujung Bandar, bilamana sebuah rumah telah dibakar beserta dengan beberapa biji buah motosikal. Manakala 5 buah kereta dirosakkan oleh seorang lelaki yang mengamuk secara tiba-tiba.  Berita ini jug boleh di ikuti dalam akhbar  Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian dan Harian Metro hari ini.































Mesyuarat untuk mengadakan Mesyuarat AJK Cawangan dan Kenduri Tahlil

Posted by onesik at 1:41 PM 0 comments
Walaupun kesibukan sentiasa memburu tugas sebagai Ketua Bahagian dan ADUN, namun saya sentiasa mengambil berat hal-hal di cawangan saya.  Oleh itu saya telah berbincang dengan Setiausaha Cawangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan Mesyuarat AJK Cawangan bagi tujuan menyelaras aktiviti cawangan saya bagi tahun 2010.









Selepas dari perjumpaan ini, selepas Isya' saya menghadiri pula satu majlis tahlil di Kampung Bukit Berangan, Belantik yang jauhnya 36 kilometer dari Kampung Kemelong.  Tahlil ini di adakan di rumah salah seorang kakitangan dipejabat ADUN Belantik, iaitu Encik Fazli.








28 January 2010

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PELANCARAN KEMPEN UMNO JUARA RAKYAT.

Posted by Detguaq at 3:59 AM 0 comments
Walaupun agak lewat membuat posting tentang kempen ini, ianya bukanlah disengajakan....

















































Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez