SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

31 December 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010

Posted by onesik at 10:56 PM 0 comments

28 December 2009

Arab Saudi Anggap Malaysia Contoh Negara Islam Progresif

Posted by Detguaq at 11:10 AM 0 comments
28 Disember, 2009 00:36 AM



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini Ahad mengenai lawatan dua hari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ke Arab Saudi, menjelaskan bahawa kerajaan Saudi menyatakan puashati terhadap hubungan bilateral yang wujud sekarang antara kedua-dua negara dan komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang lain.

Sabtu, Anifah mengunjungi Menteri Kewangan Arab Saudi Ibrahim Abdul-Aziz al-Assaf, Menteri Luar Putera Saud al-Faisal Abdulaziz, dan Timbalan Perdana Menteri Kedua Putera Nayef Abdulaziz al-Saud.

Dalam pertemuan dengan Putera Saud, isu Palestin dan perkembangan politik dan keselamatan di rantau berkenaan baru-baru ini yang memberi kesan kepada Arab Saudi dan negara-negara Islam menjadi topik utama dibincangkan.

Putera Saud juga menggariskan bahawa kerajaan Saudi berhasrat meninjau bidang-bidang lain untuk kerjasama dengan Malaysia dan negara-negara Asean lain dari segi pengeluaran makanan dan eksport ke negara itu.

"Kedua-dua negara bersependapat bahawa terdapat keperluan untuk memperluas pelaburan bersama dalam bidang komoditi ke negara-negara ketiga dan bersetuju tentang perlunya kerjasama lebih baik ke arah penambahbaikan kepentingan Ummah.

Ia menyatakan Anifah juga menyampaikan penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia kepada kerajaan Saudi kerana layanan mesra dan keprihatinannya terhadap jemaah haji Malaysia.

"Putera Saud menyatakan bahawa kerajaan Saudi menghormati Malaysia sebagai sebuah negara contoh, memuji jemaah haji Malaysia dan menyifatkan mereka sebagai berdisiplin dengan tingkah laku yang baik," kata kenyataan itu.

Pada mesyuarat dengan Putera Nayef, Malaysia digesa memain peranan aktif untuk merapatkan jurang dan mengatasi pertikaian antara negara-negara Islam dan Ummah ke arah menyumbang kepada kestabilan di rantau ini dan perpaduan Ummah.

Hari Ahad, Anifah menghadap Raja Abdullah Abdulaziz al-Saud, Penjaga dua Masjid Suci.

-- BERNAMA

Lapan Pilihan Raya Kecil Warnai Politik Negara Pada 2009

Posted by Detguaq at 11:04 AM 0 comments
27 Disember, 2009 11:42 AM


Oleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Senario politik negara tahun ini diwarnai lapan pilihan raya kecil, dua bagi kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dan keputusan lapan pilihan raya kecil itu menunjukkan bahawa demokrasi masih subur di negara ini kerana pakatan pembangkang terdiri DAP-PKR-PAS menang kedua-dua kerusi Parlimen dan empat daripada enam kerusi DUN itu.

Siri pilihan raya itu bermula bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail daripada Barisan Nasional akibat serangan jantung ketika sedang bermain badminton pada 28 Nov 2008.

Pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 17 Jan 2009, Mohd Abdul Wahid Endut daripada Pas menewaskan Datuk Wan Abdul Farid Wan Salleh daripada Barisan Nasional dan calon bebas, Azharuddin Mamat, dengan majoriti 2,631 undi.

Kemudian pada 7 April, sejarah tercipta apabila tiga pilihan raya kecil dijalankan secara serentak iaitu bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak serta kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah dan kerusi DUN Batang Ai di Sarawak.

Kerusi Bukit Gantang dan Batang Ai kosong kerana kematian wakil rakyat masing-masing manakala di Bukit Selambau, ia disebabkan ADUN di situ daripada PKR meletak jawatan.

Satu rekod dicipta di Bukit Selambau apabila 15 calon bertanding.

Kerusi itu dimenangi S.Manikumar daripada PKR. Kecuali calon BN, Datuk S.Ganesan, yang lain hilang wang pertaruhan.

Kerusi Bukit Gantang dimenangi wakil Pas manakala Batang Ai pula dikuasai BN.

Akibat masalah dalaman politik di Pulau Pinang, kerusi DUN Penanti dikosongkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR.

BN membuat kejutan dengan memutuskan untuk tidak bertanding kerana menganggap kekosongan itu bukannya berlaku akibat kematian penyadang tetapi sengaja dikosongkan oleh PKR untuk membolehkan seorang wakilnya yang lain bertanding di situ.

Suhu politik negara kemudian dipanaskan dengan kekosongan kerusi DUN Manik Urai di Kelantan ekoran kematian penyandangnya Ismail Yaacob dari Pas akibat serangan jantung pada 22 Mei.

Berbanding Penanti yang tidak meriah, senario di Manik Urai menjadi tumpuan penganalisis politik bagi mengukur sejauh mana keupayaan BN untuk menembusi "kubu kuat" Pas itu.

Keputusan agak mengejutkan kerana calon BN Tuan Aziz Tuan Mat kalah dengan hanya 65 undi berbanding majoriti 1,352 yang diraih oleh Pas pada pilihan raya umum tahun lepas.

"Kejayaan" itu mendorong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berkata : "Inilah kali pertama saya terima ucapan tahniah kerana kita kalah."

Sebulan kemudian, satu lagi kerusi DUN Pulau Pinang, Permatang Pasir, menjadi kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada Pas, juga kerana sakit jantung. Dan dalam pilihan raya kecil kemudiannya, wakil parti itu Mohd Salleh Man menewaskan Rohaizat Othman daripada BN dengan majoriti 4,551 undi.

Selang beberapa minggu kemudiannya, kematian ADUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan, Azman Mohammad Noor daripada BN, membolehkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bertanding menentang Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Seperti dijangka, Mohd Isa menang dengan yang memperoleh 8,013 undi menewaskan lawannya itu dengan majoriti 5,435 undi iaitu 110 peratus peningkatan berbanding majoriti 2,333 undi yang dicatat oleh BN pada pilihan raya umum lepas.

Pada 24 Nov lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya mendapat perintah Mahkamah Rayuan bagi penggantungan keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kedah kawasan Kota Siputeh, ekoran kegagalan wakil rakyatnya, Datuk Abu Hassan Sarif daripada BN, menghadiri persidangan sebanyak dua kali berturut-turut.

-- BERNAMA

27 December 2009

MASAALAH BEKALAN AIR MINUMAN BERTERUSAN

Posted by Detguaq at 10:57 PM 0 comments
Sik, 24/12/2009

Masaalah bekalan air yang sering berlaku berterusan di Sik semenjak kemarau bermula dua minggu lepas.  Kalau sebelum ini beberapa lori membawa tangki bekalan air minum kelihatan memasuki kampung-kapung atau kawasan-kawasan yang terjejas, namun kini keibat lori-lori berkenaan semakin hari semakin berkurangan dan akhirnya tiada lagi kelihatan kelibat mereka. Dari lima menjadi empat, dari empat menjadi tiga dan dari tiga menjadi dua dan akhirnya yang satu pun ghaib entah kemana.  Apa sebenarnya masaalah yang di alami?







Atas inisiatif sendiri saya telah mengadakan lawatan ke Empangan Beris untuk melihat dan meninjau paras air.  Jika dilihat secar fizikal saya berpandangan tidak sepatutnya berlaku masalah bekalan air di catu kepada sebahagian besar rakyat Sik yang tinggal berhampiran dengan beberapa empangan utama.

Namun hakikatnya itulah yang berlaku......














Kalau untuk mandi dan membasuh, mungkin tidak bermasaalah bagi rakyat yang berumah berham[iran sungai, bagaimana pula mereka yang tinggal berjauhan dari sungai?

23 December 2009

MAJLIS PENYERAHAN SERAGAM SEKOLAH

Posted by Detguaq at 7:50 AM 0 comments
Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang, dimana setiap cawangan UMNO seluruh Parlimen Sik telah di minta untuk menyenaraikan keluarga miskin yang perlu dibantu pakaian seragam anak-anak mereka.  Hasil usaha keras tiap-tiap cawangan telah menghadirkan sejumlah 430 anak-anak yang layak dibantu seragam sekolah mereka untuk dipakai pada tahun persekolahan 2010.

Majlis besar ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ibubapa yang menemani anak-anak mereka menjadikan jumlah kehadiran ke dewan UMNO Bahagian Sik padat dengan jumlah tidak kurang dari 1,200 orang.





























MAJLIS SUMBANGAN PAMPASAN KEPADA WARIS PELATIH PLKN YANG MENINGGAL SEMASA DALAM LATIHAN

Posted by onesik at 7:32 AM 0 comments
21/12/2009

Majlis ini telah diadakan dirumah waris, Encik Ishak Sudin(59 tahun) di Kampung Relung.  Kematian mengejut beliau berlaku pada 29/06/2009 yang lalu semasa beliau tidur pada waktu malam dan hanya disedari pada waktu suboh ketika rakan sepelatih cuba untuk membangunkan beliau untuk sembahyang berjemaah.


Majlis penyampaian ini dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, iaitu Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bersama-sama dengan pihak Jabatan Khidmat Latihan Negara yng diwakili oleh pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. Sebagai tuan rumah Parlimen Sik, saya turut berada disana bagi memastikan segala urusan majlis dilaksana mengikut perancangan. Pihak waris menerima pampasan berjumlah RM 55,000.00 sebagaimana yang termaktub dalam plan perlindungan insuran.

Rujuk berita asal di sini.

Berita susulan di sini














Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez