SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

20 December 2009

KURSUS ASAS BLOG UMNO BAHAGIAN SIK

Posted by Detguaq at 10:55 PM
19/12/2009


UMNO Bahagian Sik pada hari ini telah mengadakan kursus asas untuk sayap-sayap UMNO dalam memperkenalkan kepada ahli-ahli mengenai blog dan bagaimana blog itu dibangunkan dan apa itu fungsi blog.  Kursus ini adalah pada peringkat paling asas, di mana para peserta diperkenalkan mengenai sejarah bagaimana blog bermula dan bagaimana untuk memulakansesuatu blog itu.

UMNO Bahagian Sik berasa begitu berbangga apabila buat julung-julung kalinya dapat mencungkil bakat hebat seorang anak muda(gadis) yang berasal dari Sungai Senam, Sik yang diberi kepercayaan oleh SKMM bagi mengendalikan portal Pusat Komuniti Jalur Lebar untuk kawasan tanah kelahirannya sendiri.  Gadis awal duapuluhan yang dimaksudkan ialah Cik Norhayati Abd Rahman.Dari beliau barulah didedahkan mengenai keujudan Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) dan fungsi-fungsinya.  Pihak kami dan pihak beliau berjanji akan mula menjalin kerjasama diantara UMNO Bahagian Sik serta PJK-PJK yang ada di Parlimen Sik khasnya serta PJK-PJK lain amnya.

Pihak UMNO Bahagian Sik berhasrat dengan bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan penerangan mengenai kepentingan internet dan mempertingkatkan pengetahuan berinternet dikalanngan seluruh rakyat Sik secara berterusan.





0 comments on "KURSUS ASAS BLOG UMNO BAHAGIAN SIK"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez