SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

15 August 2011

Dapur Rumah Pak Mat Salleh Ranap.

Posted by Det Guaq9 at 11:19 AM
14/08/2011.  Pak Mat Salleh yang tinggal menetap di Batu Dua Sungai Pau meniti hari-hari yang menyedihkan bilamana rumah beliau yang bukan sahaja usang dan reput hampir di keseluruhannya petang tadi ketika hampiur dengan waktu berbuka telah musnah teruk apabila sebatang pohon nyiur mati telah patah dan menghempap bahagian dapur rumahnya.  Ketika itu dua orang cucu beliau yang sedang menonton TV turut terlibat bilamana batang kelapa yang menghempap rumah berkenaan mendarat hanya kurang sekaki dari tubuh mereka. Dengan kuasa Allah, umur mereka masih panjang dan tidak mengalami sebarang kecederaan.  Namun jelas diwajah mereka luahan trauma yang cukup ketara.  Salah seorang dari mereka turut di timpa cebisan kayu bumbung  yang patahtetapi tidak mendatangkan kecederaan.

Saya tiba dirumah beliau dengan di tmani oleh Pengerusi JKKKP Sungai Pau, Abang Halim.  Turut bersama -sama saya ialah Ketua Pemuda UMNO Sik, Mahadzir Abd Hamid.  Sedikit sumbangan segera telahdiberi untuk meringankan beban Pak Mat Salleh. Kesempatan ini juga telah saya gunakan untuk terus menghubungi agensi yang berkaitan untuk memhon bagi mendapatkan sebiah rumah gantian kerana rumah beliau, walaupun hanya bahagian dapur sahaja yang ranap tetapi secara fizikal keseluruhan rumah berkenaan amat berbahaya untuk terus didiami memandangkan keadaannya yang reput dan perlu diganti. InyasyaAlah Pakcik Mat Salleh yang turut mengidap penyakit angin pasang surut dan tidak boleh bekerja kuat ini selain telah mendapat bantuan Kerajaan Pusat melalui JKM, sayaakan berusaha untuk membantu beliau mendapatkan rumah gantian melalui agensi-agensi seperti KEDA.












0 comments on "Dapur Rumah Pak Mat Salleh Ranap."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez