SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

07 March 2012

Kenduri Kesyukuran di Pejabat Khidmat Masyarakt ADUN Belantek

Posted by N23 Belantek at 1:28 AM

Hari ini pejabat khidmat masyarakat DUN Belantek, N23 telah menempa sejarahnya yang tersendiri.  Inilah buat julung-julung kalinya rakyat datang unutk membuat kenduri kesyukuran atas kehendak dan inisiatif mereka sendiri.  Mereka yang merancang, mereka yang memilih menu mereka yang memasak dan merekalah yang menghidang dan melayan.



Gabungan orang-orang kampung dari Kampung Kelian dan Kampung Batu Besar telah membuat saya cukup terharu.  Menu mereka mudah sahaja, iaitu makanan kegemaran saya dan salah seorang pembantu saya, iaitu BIHUN BERKUAH LAKSA! Menu ini membuatkan saya makan bertambah, bukan sepinggan tapi TIGA!





Apa alasan sehingga mereka sanggup untuk membuat kenduri kesyukuran dipejabat saya?  Bila ditanya mereka berkata tujuan mereka adalah untuk memanjatkan kesyukuran kepada AllahirRohmanirRohim dan juga menzahirkan rasa terima kasih atas kebijaksanaan kepimpinan negara dalam menguruskan ekonomi dan kewangan sehingga mampu menjaga kebajikan mereka.  Selama ini mereka tidak didedahkan langsung bahawa kerajaan yang mentadbir negara sebenarnya begitu perihatin.  Apa yang disampaikan oleh pihak-pihak yang dengki dan irihati terhadap parti yang diberi mandat untuk mentadbir dan mengurus negara semuanhya berunsur negatif.  Persepsi yang diberi juga begitu buruk sekali sehinggalah mereka puluhan tahun membenci kepada pihak yang merekapun tidak kenal langsung, iaitu UMNO/BN.



Begitulah berjayanya jarum kebencian di tusuk jauh kedalam kalbu dan perasaan mereka. namun atas hikmatullah, bila sahaja pihak dari parti yang mereka sanjungi diberi kemenangan sementara oleh Allah untuk mentadbir negeri, segala apa yang dijanjikan kepada mereka tidakpun berjaya ditunaikan, hanya alasan demi alasan yang menjadi santapan telinga mereka.... Sehinggalah tergerak dihati mereka untuk mengadu masaalah mereka kepada JKKKP dan penyelaras Zon Teloi melalui rakan-rakan mereka seperti Yin, Pak Su Mat, Pak Long  Wahab dan Apit yang terlebih awal merapati sambil cuba memahami perjuangan UMNO/BN.  Setelah merapati dan menyelami apa itu perjuangan parti UMNO/BN, maka kini barulah mereka tahu apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka terhadapa UMNO samasekali tidak benar.  Semuga lebih ramai rakyat yang selama ini dipesongkan pemikiran mereka sehingga keliru langsung hilang keyakinan kepada UMNO/BN sudi untuk menyokong perjuangan keramat ini.  bagi yang pernah berada dalam UMNO/BN tetapi berpindah sebentar untuk meninjau padang disebelah sana dan mendapati ianya hanyalah astrotuf, saya seru agar kembali bersama saya dalam perjuangan UMNO demi 'survival' bangsa.

Kini atap rumah yang bocor telah berganti, Kayu kekuda yang patahreput juga telah di sulam, dinding yang robek juga telah bertukar denga npapan dinding yang baru. Mereka cukup berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas kebijaksanaan beliau dalam menghidu masaalah rakyat disamping mendengar denyut nadi sehingga tercetusnya program NADI KASIH.  1MDB juga telah banyak membuktikan manfaatnya dan semua ini adalah projek 'touch point' yang cukup terbukti kejayaannya.  Saya hanyalah POSMEN.....

0 comments on "Kenduri Kesyukuran di Pejabat Khidmat Masyarakt ADUN Belantek"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez