01/08/2010
Satu program akar umbi telah di adakan di Mukim Sok, iaitu di Belantek oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu Projek Agropolitan KEDA bertujuan untuk membantu rakyat miskin diDaerah Sik amnya dan Mukim Sok khasnya untuk memperbaiki taraf ekonomi mereka kepada satu tahap yang lebih baik selaras dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk rakyat Malaysia agar mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Majlis Pelancaran tersebut telah di rasmikan dengan sempurna oleh Ketua Setiausaha KKLW, Dato' Abdul Jabar Che Nai yang juga berasal dari Baling Kedah, daerah yang berjiran dengan Sik dan berkongsi taraf ekonomi dan pendapatan serta pekerjaan yang sama dengan Daerah Sik.
0 comments on "Majlis Perasmian Projek Agropolitan oleh Dato' Abdul Jabar Che Nai, KSU KKLW"
Post a Comment