Tuan Haji Mat Sidam memang terkenal sebagai guru agama yang tinggi ilmunya dan juga sering mengendalikan kursus untuk jemaah haji ke Mekah saban tahun di rumah beliau sendiri di Kampung Seberang Pekan Sik. Dan semasa banjir yang melanda baru-baru ini, Yang Berbahagia Ustaz sedang berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan ibadat Umrah di sana. Hanya setelah umat Islam di Malaysia berpuasa pada hari yang ke 5 barulah beliau kembali ke kampung halaman dan agak terkejut dengan keadaan rumah beliau yang di selaputi selut akibat banjir.
Saya yang sebelumnya melawat ke rumah Makcik Mariam yang juga merupakan ibu tunggal turut melawat Tuan Haji Ustaz Mat Sidam atas sebab yang sama selain untuk membanci mangsa-mangsa bagi tujuan bantuan yang bersesuaian dengan tahap kerosakan yang di alami oleh mereka.
0 comments on "Menziarahi Rumah Tuan Haji Ustaz Mat Sidam"
Post a Comment