Walaupun keadaan diri saya masih sakit dan baru sahaja di beri 'MC' oleh pihak hospital, namun di sebabkan sudah dua hari saya tidak turun berjumpa rakyat, hari ini saya gagahi juga untuk memenuhi undangan dan jemputan untuk menghadiri kenduri kendara di mana kenduri yang pertama saya hadiri ialah di Kampung Lubok Bedil, seterusnya ke Kampong Parit, Jeneri dan kemudiannya ke Kampung Namek Tandop, Sik dan yang terakhir ialah di Belantek.
Banyak acara-acara, majlis-majlis dan kenduri kendara dalam dua hari yang lepas tidak saya dapat hadiri di sebabkan saya kurang sihat dan melalui blog saya ini saya ingin memohon maaf kepada mereka-mereka yang berkenaan yang telah saya memberi komitmen awal untuk hadir, tetapi samada terpaksa membatalkan kehadiran saya mahupun dengan diggantikan oleh AJK-AJK Bahagian yang lain sebagai wakil. Lagi sekali SAYA MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN di atas segala kesulitan di sebabkan ketidakhadiran saya ke acara, majlis mahupun jemputan kenduri yang telah di atur untuk saya
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "MEMENUHI UNDANGAN EMPAT JEMPUTAN KENDURI"
Post a Comment