Satu SMS di awal pagi amat mencemaskan saya. Bermacam-macam terbayang di mata saya. Pelbagai andaian berkocak di hati saya. Manakan tidak jika SMS tersebut meminta saya segera turun ke kawasan Bendang Man kerana banjir begitu teruk. Perenggan itu sudah cukup membuat saya segera teringatkan rakyat yang saya wakili. Jam menunjukkan hampir pukul 5 pagi ketika SMS di baca.
"Ramai mangsa terperangkap dan perlu dipindahkan".....Allah.......Ya Allah....Selamatkanlah mereka. Perenggan ini membuatkan saya tanpa sempat mencapai apa-apa, kecuali hanya teringatkan kunci kereta dan isteri tercinta....terus bergegas ke Sik. Saya cuba seboleh mungkin untuk sampai ke Bendang Man dalam waktu sesingkat mungkin tetapi dalam pada masa yang sama menjaga keselamatan kami sepanjang berada di atas jalanraya, walau saya sendiri masih lagi demam. Keadaan jalan yang basah akibat hujan sepanjang hari semalam dan berterusan hingga ke pagi hari ini membantutkan sikit anggaran masa saya untuk sampai ke Sik.
Setibanya saya ke Kampung Sungai Setar, lidah saya hampir kelu namun sebagai wakil rakyat, ketenangan pada diri saya menjadi azimat kepada mereka yang menjadi mangsa agar kuat serta tabah semangat ketika mereka menghadapi musibah yang tidak pernah mereka duga. Apakan tidak, walaupun sebelum ini ada berlaku banjir akibat musim hujan, tetapi tidak pernah seburuk ini.
Tahap sebenar parahnya banjir ini masih belum dapat saya ketahui kecuali hanya bayangkan keadaannya terhadap kampung-kampung lain yang belum saya pergi untuk menghulurkan bantuan sementara serta kata-kata perangsang dan semangat, kerana di Kampung Sungai Setar sahaja setiap mangsa yang saya temui seolah-olah tidak percaya dengan tahap banjir kali ini.
Semasa di tebing sungai berdekatan jambatan di Chepir, saya singgah untuk mengawasu kerja-kerja menyelamat oleh penduduk tempatan yang bekerjasama penuh dengan JPAM yang begitu tekun dengan kerja-kerja mereka. SYABAS JPAM Sik!!!
Dari Kampung Sungai Setar, saya bersama beberapa orang AJK Bahagian UMNO Sik menuju ke arah Chepir. dalam pada masa yang sama saya siap mengaturkan dengan pihak berkuasa beberapa penempatan sementara iaitu di Maktab Mahmud, Sek. Keb Chepir dan Dewan Batu Lapan, manakala dewan UMNO Sik di jadikan Bilik Gerakan dan tempat memasak untuk mengagihkan makanan ketika berbuka nanti, kerana selain dari pusat penempatan sementara mangsa banjir, ada juga dari kalangan mereka yang memilih untuk menumpang rumah sanak-saudara dan sahabat handai yang berdekatan dan selamat dari di landa banjir berkenaan.
Delima....inilah keadaan saya bila di maklumkan bahawa Kampung Kemelong juga sedang di kelilingi air banjir berlumpur dan parasnya semakin naik kerana kedudukannya yang agak ke hulu sungai. Ya Robbi....apa nasib emak? Bagaimana pula nasib ayah yang sudah tua dan sedikit uzur dan sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri, siapa yang memerhati dan mengawasi ayah, jika emak sedang solat? Tawakkaltu'alAllah.... Sedangkan Bendang Man serta Kampung Sungai Semeliangpun belum saya jejaki. Saya terus menalipon beberapa sahabat untuk meninjau keadaan kampung dan meminta mereka memberi maklumat kepada saya dari masa ke semasa sebelum saya sempat balik ke Kemelong.
Air mata saya hampir menitis melihat piring yang masih
berisi ikan goreng yang belum sempat di buat peneman nasi ketika bersahur....
gamaknya mereka mendera rakyat Sik!
Dari Chepir saya bergegas ke Serendah si Kebun Bunga untuk meninjau rumah-rumah yang terjejas di sana. Terdapat dua buah rumah yang terjejas teruk, namun resort kepunyaan mantan Ahli Parlimen, Dato' Wan Azmi Ariffin hanya mengalami sedikit musibah. Ketika di sini saya sempat menemui seorang warga emas yang tidak dapat kemana-mana keran sebelah kakinya yang kudung akibat di potong kerana barah. Dan ketika melangkah keluar, mata saya terpandang sesuatu yang membuatkan air mata saya hampir menitis. Benarlah kata mangsa yang mereka tidak sempat bersahur kerana makan mereka turut di selimuti lumpur akibat banjir kilat yang melanda dengan sebegitu pantas dan tidak terduga sama sekali, kerana mereka bukan baru tinggal di tebing sungai Chepir dan Sungai Semeliang, mereka kebanyakannya sudah beberapa generasi tinggal di sana dan tidak pernahpun mengalami banjir seburuk ini sebelumnya...Tergamak sungguh Kerajaan Negeri membenarkan balak di tebang di kawasan tadahan(catchment area).
Selepas berbual dan menenangkan mangsa-mangsa serta menyampaikan bantuan segera untuk meringankan bebanan mereka saya terus menuju ke kawasan Kampung Bendang Man untuk meninjau pula keadaan di sana. Memang sungguh teruk keadaan rumah yang di landa banjir kilat ini, kerana ia juga membawa bersama lumpur berpasir. Sehinggakan ada sebuah rumah yang bahagian bilik air/tandasnya musnah sama sekali. Terdapat sekurang-kurangnya 3 buah rumah di kawasan yang saya sampai ini yang teruk terjejas, terutamanya kelengkapan elektrik dan perabut mereka. Buku-buku dan pakaian sekolah anak-anak juga turut rosak. Tanaman padi di kampung Sungai Setar, Bendang Tebal, Chepir dan Bendang Man jelasnya turut musnah!
Dari Kampung Bendang Man, saya ke Kampung Sungai Semeliang. Kali ini saya sudah dapat menduga keadaannya hasil dari gambaran awal kampung-kampung dan rumah-rumah yang telah saya lawati sebelum ini. dari tepi jalanraya lagi saya sudah dapat melihat batang-batang balak bergelimpangan di kiri kanan jalan...SubhanAllah....saya pasrah... Saiz balak yang bergelimpangan bukanlah daya manusia untuk mengangkatnya kecuali dengan satu kuasa yang sehebat jentera membalak. Manakala tongkolan batu-batu besar berselimut pasir halus menjadi lanskap segera(instant landscape) di tebing sungai, begitu juga di beberapa kampung yang saya lawati.
Saya percaya dan amat yakin bahawa pembalakan yang tidak terkawallah yang menyebabkan banjir berlaku dengan amat dahsyat sekali! Mengapakah kawasan tadahan air untuk penduduk sekitar yang berjumlah 1500 orang ini di ceroboh? Bukankah ianya kawasan hutan yang di wartakan sebagai hutan simpan yang di kenali sebagai Hutan Simpan Rimba Teloi? Bagaimana hutan simpan yang juga kawasan tadahan di benarkan oleh Kerajaan PAS Kedah untuk kelulusan membalak?
SAYA DENGAN INI SEKALI LAGI MENDESAK KEPADA KERAJAAN KEDAH AGAR MENGHENTIKAN DENGAN SERTA MERTA KERJA-KERJA MEMBALAK DI KAWASAN INI DAN MANA-MANA KAWASAN YANG HAMPIR DENGAN KAWASAN TADAHAN AIR HUJAN DI SELURUH NEGERI KEDAH!
RAKUSNYA!!!!
Masih ingatkah dengan gambar ini?
Yang telah saya paparkan dalam posting di sini? Kegusaran saya kini menjadi kenyataan yang tak dapat di sangkal lagi.
11 comments on "BANJIR AKIBAT PEMBALAKAN?"
Salam. Takziah diucapkan kepada sema mangsa banjir dari Kampung Bendang Man sehinggalah Ke Kampung Kemelong. Bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa semasa banjir yang agak luar biasa ini. Jika punca adalah dari kegiatan pembalakan, minta YB menyiasat dengan seberapa segera. Harapan semoga sumbangan dapat disalurkan dekpada semua mangsa banjir.
salam..
jutaan takziah diutuskan buat semua warga sik yg ditimpa musibah.. keprihatinan YB amatlah dipuji.. pastikanlah YB agar kawasan sik bebas daripada pembalakan yang hanya boleh memudaratkan semua penduduk..
Saya amat simpati dengan rakyat Sik yang ditimpa bencana banjir kilat.
Insya Allah, YB Tajuddin akan membantu tuan-tuan dengan izin Allah
Saya amat geram dengan kerakusan pihak kerajaan negeri dalam mengaut hasil balak. Inilah harganya diatas ketamakan mereka memperoleh laba dari hutan Kedah. Akhirnya rakyat marhainlah yang merana di atas kezaliman mereka itu. Tukar saja kerajaan Kedah. Hijau mereka itu tidak memberi erti kesuburan minda dan kesejahteraan rakyat langsung.
Anak Jati Bukit Enggang
Sintok, Kedah.
Jgn biarkan Tanah Sik di ratahi oleh orang yang mencari keuntungan..hakikatnya org kampung yang menanggung akibat....Ini adalah tanah ini tanah tmpat tiggal kita....Lontarkan org yang ada anasir ansir ini keluar dari Daerah Sik..
geram juga nak komen, tapi tak dak pek dah pa
Semua ini buah baguih bagi UMNO Sik untuk dapat balik.. Tapi check dulu salasilah macam mana dapat tebang balak... Nanti kot kalu UMNO dulu jugak yang start bagi kebenaran... Record dok ada.. pi check dulu sebelum buat jadi buah tembak... Kot-kot terkena tembak balik.... Kalu sapa nak check, pi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, ada segala rekodnya...Hanya orang kampung dan tegar UMNO saja akan percaya tentang isu yang bakal dimainkan oleh UMNO sendiri... Semoga berjaya... -Batu 8 Sik-
BN luluskan lesen balak Rimba Teloi
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan lesen pembalakan di Hutan Simpan Rimba Teloi sepanjang dua tahun memegang tampuk pemerintahan.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kawasan pembalakan yang diluluskan melalui tender terbuka adalah di Bukit Kachi, Tiang Layar, Ulu Muda dan Gunung Inas sahaja.
“Tidak ada di Rimba Teloi. Kelulusan itu dibuat ketika Barisan Nasional memerintah sebelum ini, iaitu pada 28 Ogos dan 9 November 2005,” katanya.
Menurutnya, setiap kawasan pembalakan melalui proses kelulusan yang ketat, di bawah seliaan Jabatan Perhutanan. Mana-mana kawasan yang diluluskan dalam Jawatankuasa Hasil Bumi mengambil masa satu hingga tiga tahun untuk proses ‘tagging’ (tanda pokok yang boleh ditebang), persempadanan, dan memproses lesen menebang.
“Itu prosedur biasa. Oleh kerana Kerajaan Negeri tidak keluarkan lesen di kawasan itu. Oleh itu jika ada pembalakan seperti didakwa, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh Kerajaan BN,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, kelulusan yang diberi tidak boleh ditarik balik walaupun pemerintah bertukar.
“Jika Kerajaan Negeri cuba batalkan mana-mana kawasan yang telah lulus sebelum itu, kelak boleh disaman atau didenda. Ada kes di Kelantan, kerajaan kena bayar beratus-ratus juta walaupun kes kelulusan pembalakan itu berlaku di zaman BN,” katanya.
Menurutnya, mana-mana kawasan yang diluluskan telah melalui proses standard yang termaktub dalam undang-undang (Akta Parlimen) yang telah diluluskan.
“Kelulusan pembalakan pada zaman 2006-2009 sangat ‘memilukan’, hanya sekitar RM6 juta hingga RM10.8 juta hasil pembalakan negeri. Kuota tebangan ditetapkan ialah 2,340 hektar, tidak termasuk tanah kerajaan dan kuota tahun sebelumnya yang tidak dihabiskan,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri kini memperolehi antara RM35 juta hingga RM38 juta premium tidak termasuk cukai kayu per/tan pada 2008 hingga 2009.
“Saya kesal ada wakil rakyat UMNO cuba keruhkan keadaan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan JKM sedang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di kawasan terbabit,” katanya.
Salam. Masalah pembalakan tidak kira siapa yang meluluskan bukan perkara yang perlu dibincangkan. Kejadian banjir akibat kegiatan pembalakan perlu dielakkan pada masa depan. Yang menanggung adalah penduduk yang tinggal berhampiran sungai. Yang menjadi mangsa adalah penduduk.Yang menanggung kerugian adalah penduduk. Yang nyawa mungkin terancam adalah penduduk.
Yang duduk senang adalah mereka yang terlibat dalam aktiviti pembalakan tersebut. Adalah lebih baik kita bantu mangsa banjir yang mungkin memerlukan banyak modal untuk membaiki rumah dan peralaan yang telah rosak.
Setuju, betul, jadi YB janganlah dok menyalahkan kerajaan yang meluluskan projek ni kerana akan kena kita sendiri juga.
Kita cuba cari jalan dan kaedah yang sesuai, ingat kita hanya merancang
apa yang terjadi adalah takdir...dunia dh akhir zaman..segala bencana yang terjadi saban hari adalah peringatan untuk kita semua.tak guna nak menyalahkan mana-mana pihak.apa yang penting adalah kerjasama semua pihak untuk sama-sama menyelesaikan dan meringankan beban mangsa-mangsa banjir..PERINGATAN AKHIR ZAMAN BUAT SEMUA~~~MRS NORATZMAN~~
Post a Comment