SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

19 June 2010

AKIBAT PEMBALAKAN HARAM?

Posted by Detguaq2 at 5:05 AM

Dari hari ke hari masalah air di Kedah nampaknya bukannya semakin berkurangan, malah ke arah yang semakin parah.  Jika di musim kemarau, air di catu tanpa sistem yang jelas  dan khidmat susulan yang teruk di mana kawasan-kawasan yang terjejas tidak ada keseragaman dalam penghantaran air bersih melalui pengangkutan secara lori tangki.

 Setiap kalu hujan lebat turun, air di ulu sungai menjadi
keruh dan air keruh itu juga yang mengalir ke kawasan takungan
di mana pemperosesan air bersih tidak dapat di lakukan akibat
kuantiti air keruh yang menerobos takungan mengatasi kemampuan
takungan untuk memperoses air agar menjadi jernih dan bersih.

Imam berasa begitu gusar memandangkan wudhu' tentunya
tidak sempurna tanpa air bersih.

5 comments on "AKIBAT PEMBALAKAN HARAM?"

Mosal said...

Salam. Kesal dengan kegiatan pembalakan haram yang berlaku. Mengapa kegiatan ini terus berleluasa? Tidak adakah penguatkuasaan? Keuntungan dikaut, yang menjadi mangsa adalah penduduk-penduduk kampung.

Pakteh on June 22, 2010 at 11:37 AM said...

Assalamualaikum.
Terdapat beberapa kawasan di Sik yang dulunya dijaga dengan rapi kini dibenarkan untuk tujuan pembalakan. Jika betul seperti apa yang dimaklumkan kepada pakteh, Air sungai cepir kini sudah bertukar wajah. Jika dikawasan Lata Mengkuang masih lagi jernih dan sedap mata memandang, kawasan yang lebih bawah seperti Serendah Sikebun Bunga lain pula ceritanya, air sudah menjadi warna coklat, adakah ini akibat pembalakan atau kesan pembesaran Bendang Man Resort?

onesik on June 22, 2010 at 9:39 PM said...

Mosal,
Saya juga turut kesal dengan sikap rakus mereka yang tidak sayangkan flora dan fauna yang selama ini terjaga sejak dahulu oleh penduduk dan Jabatan Hutan Kedah di mana walaupun berlaku pembalakan, tetapi ianya terkawal.

Pak Teh,
Maklumat mengenai keadaan kualiti air di Cepir amay berguna untuk kita buat pedoman. Baru-baru ini saya telah singgah ke Serendah sikebun Bunga kerana ada program dan saya akui kejernihan air sudah tiada. Begitu juga di Bendang Man Resort.

Pakteh on August 17, 2010 at 12:31 PM said...

YB, Kita merancang, Tuhan menentukan.
Kenyataan dan kekhuatiran telah kita luahkan kepada kerajaan PAS lama sebelum kejadian berlaku (lihat pada posting dan komen) namun, kerakusan mengatasi pemikiran yang waras.

Anonymous said...

BN luluskan lesen balak Rimba Teloi ( HARAM )

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan lesen pembalakan di Hutan Simpan Rimba Teloi sepanjang dua tahun memegang tampuk pemerintahan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kawasan pembalakan yang diluluskan melalui tender terbuka adalah di Bukit Kachi, Tiang Layar, Ulu Muda dan Gunung Inas sahaja.

“Tidak ada di Rimba Teloi. Kelulusan itu dibuat ketika Barisan Nasional memerintah sebelum ini, iaitu pada 28 Ogos dan 9 November 2005,” katanya.

Menurutnya, setiap kawasan pembalakan melalui proses kelulusan yang ketat, di bawah seliaan Jabatan Perhutanan. Mana-mana kawasan yang diluluskan dalam Jawatankuasa Hasil Bumi mengambil masa satu hingga tiga tahun untuk proses ‘tagging’ (tanda pokok yang boleh ditebang), persempadanan, dan memproses lesen menebang.

“Itu prosedur biasa. Oleh kerana Kerajaan Negeri tidak keluarkan lesen di kawasan itu. Oleh itu jika ada pembalakan seperti didakwa, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh Kerajaan BN,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, kelulusan yang diberi tidak boleh ditarik balik walaupun pemerintah bertukar.

“Jika Kerajaan Negeri cuba batalkan mana-mana kawasan yang telah lulus sebelum itu, kelak boleh disaman atau didenda. Ada kes di Kelantan, kerajaan kena bayar beratus-ratus juta walaupun kes kelulusan pembalakan itu berlaku di zaman BN,” katanya.

Menurutnya, mana-mana kawasan yang diluluskan telah melalui proses standard yang termaktub dalam undang-undang (Akta Parlimen) yang telah diluluskan.

“Kelulusan pembalakan pada zaman 2006-2009 sangat ‘memilukan’, hanya sekitar RM6 juta hingga RM10.8 juta hasil pembalakan negeri. Kuota tebangan ditetapkan ialah 2,340 hektar, tidak termasuk tanah kerajaan dan kuota tahun sebelumnya yang tidak dihabiskan,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri kini memperolehi antara RM35 juta hingga RM38 juta premium tidak termasuk cukai kayu per/tan pada 2008 hingga 2009.

“Saya kesal ada wakil rakyat UMNO cuba keruhkan keadaan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan JKM sedang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di kawasan terbabit,” katanya.

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez