SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

08 June 2010

MAJLIS DIALOG KEPIMPINAN DI FELDA TELOI TIMUR (FTT)

Posted by onesik at 11:04 AM
Kelmarin, 07/06/2010, seperti di jadual, di rancang dan di canang pihak UMNO Bahagian Sik(UBS) dengan di ketuai oleh saya selaku Ketua UMNO Bahagian Sik telah mengadakan satu Majlis Dialog di Dewan UMNO FTT dengan tujuan untuk mengadakan pertemuan mesra bersama-sama dengan cawangan-cawangan UMNO yang terdapat di dalam FTT ini.  Tujuan utama di adakan majlis ini ialah untuk menerangkan mengenai kempen Gerak Tumpu yang sedang berjalan dan akan sampai kekemuncaknya pada 12/06/2010 nanti bilamana pada hari berkenaan akan di kumpulkan semua boran-borang permohonan sebagai pemilih dan akan di daftarkan dengan SPR dalam masa yang terdekat.  Selain dari itu, majlis ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli dan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan dalam FTT berdialog secara terus dan telus dengan kepimipinan UMNO Bahagian Sik terutamanya dengan saya selaku Ketua UMNO Bahagian(KUB)

Dalam majlis ini juga saya berpeluang untuk menerangkan isu-isu yang masih kabur dan sentiasa menjadi tanda tanya kepada ahli-ahli akar umbi di FTT ini misalnya mengenai status jalan pintas yang merupakan harapan bukan sahaja penduduk FTT malah rakyat Sik dan tentunya juga hasrat saya sendiri selaku PPS.  Projek Jalan Pintas yang merupakan satu projek dalam RMK ke 10 sebenarnya masih lagi dalam peringkat awal atau 'Preliminaries', di mana pada peringkat ini secara kasarnya ia telah di luluskan oleh Kerjaan Pusat melalui pengakuan Timbalan Perdana Menteri (waktu itu) yang kini adalah Perdana Mneteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.  Peringkat 'Preliminaries' adalah tertakluk dalam RMKke 9 manakala perlaksanaannya pula adalah seperti yang saya sebut sebelumnya iaitu pada RMK ke 10.  Jadi tohmahan mengatakan rancangan untuk membina jalan pintas terus ke Sik telah di batalkan adalah tidak benar dan nyata ia adalah fitnah pihak-pihak tertentu yang sengaja hendak membangkitkan bukan sahaja keresahan rakyat yang tinggal di dalam FTT malah ia juga memberi kesan kepada rakyat di luar yang tentunya mendapat tempias kemudahan hail dari pembinaan jalan pintas ini.  Saya amat kesal dengan dakyah busuk dari kalbu yang bernafsu dan hati yang benci.

Selaku Pengurus di FTT, Encik Rahani juga saya berikan peluang untuk menerangkan duduk sebenar perkara-perkara yang di bangkitkan oleh individu-individu yang saya anggap 'kacang hantu' tanpa mahu berfikir panjang kesan dari dakyah, tomahan dan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kepimimpinan UMNO Bahagian Sik.
Saudara Shafaruddin Tan Sri Hanafiah, Naib Ketua UMNO Bahagian turut berucap bagi menerangkan keadaan sebenar dan bagaimana mahu mengendalikan situasi agar kekusutan yang sebenarnya di cipta oleh individu-individu yang berkepentingan peribadi itu dapat di rungkaiselesai dengan cara paling asas dan menepati perlembagaan parti.  Beliau menyarankan semua sayap-sayap di cawangan-cawangan terus mengadakan persidangan sayap cawangan seperti biasa dan mengikut jadual sebelum tarikh akhir. iaitu pada 16hb Julai 2010 nanti.  Manakala mana-mana cawangan yang ahli-ahlinya mahu mengadakan persidangan cawangan adalah juga di alu-alukan untuk berbincang dengan UMNO Bahagian mengenai prosedur yang menepati perlembagaan parti UMNO.
Puan Sabariah, generasi pertama FTT turut mengambil bahagian dalam sessi dialog.  Beliau begitu menyesali dengan sikap sesetengah individu di dalam dan di luar FTT yang tidak putus-putus sengaja mengada-adakan atau mereka isu-isu yang sebenarnya kalau di ketengahkan dalam pengetahuan UBS sudah tentu akan di tangani dengan sebaik mungkin.  Beliau turut mengakui kemakmuran yang di kecapi dan amat berterima kasih kepada kerajaan yang di terajui UMNO serta amat bersyukur kepada Allah kerana anugerahNya kepada peserta-peserta di Felda-Felda seluruh negara.  Maka hal remeh-temeh yang sengaja di angkat seolah-olah ianya terlalu besar dan terlalu sukar seperti di gambarkan oleh mereka amatlah beliau kesali.


Saudara Anuar yang mewakili pemuda UMNO menerangkan tentang pandangan sestengah Pemuda yang merasakan mereka di anak tirikan oleh kepimpinan Pemuda UMNOdan UMNO Sik sendiri mahukan perjumpaan lebih kerap dengan mereka kerana di fahamkan oleh beliau sememangnya pihak mereka iaitu pemuda-pemuda di FTT begitu ingin mendampingi UMNO Bahagian Sik.
Saudara 'Mat Kusyen' yang juga Pengerusi Biro Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Sik turut mencelah dengan berharap tali perpaduan yang sedia terjalin terus di perkukuh dan beliau berharap jangan di biarkan ikatan ini  cuba di putuskan oleh mereka yang kecewa kerana gagal mengejar jawatan parti.








Ayahnda Ahmad Zaki yang pernah menjawat jawatan Setiausaha UBS dan Pengerusi Tetap selama beberapa penggal turut di beri peluang untuk bercakap.  Beliau menerangkan akan situasi dirinya yang kini menetap di sebuah negeri yang di perintah oleh kumpulan parti lain yang secara jelas membawa pendekatan yang berbeza dan tentunya coraknya terlalu jauh dari apa yang telah di alami oleh rakyat sebelumnya.  Dalam ucapan,  beliau secara berterus terang menamakan  beberapa individu yang walaupun sebelum ini telah menjawat pelbagai jawatan parti, menikmati kedudukan tinggi dalam GLC dan Felda sendiri walaupun tanpa kelulusan tinggi tiba-tiba sengaja cuba menggoncang UBS dengan isu-isu yang beliau anggap umpama menebang balak menggunakan mata pencukur setelah tidak lagi di pilih oleh ahli parti dalam mesyuarat pemilihan pada sessi yang lalu.




***********************************************************************************

Saya semapt mengadakan kunjungan hurmat dengan Pengurus FTT, Yang Berbahagia Encik Rohani bertujuan memaklumkan mengenai majlis dialog berkenaan seterusnya menjemput beliau bersama-sama ke majlis berkenaan atas kapasiti beliau sebagai Pengurus FTT.


Bergambar kenang-kenangan bersama beliau dan sebahagain kakitangan pejabat Felda Teloi Timur.

Membonceng motorsikal Yang Berbahagia Encik Rohani menuju Dewan UMNO FTT.

0 comments on "MAJLIS DIALOG KEPIMPINAN DI FELDA TELOI TIMUR (FTT)"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez