SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

16 June 2010

PERTEMUAN DENGAN MANTAN YB DUN JENERI.

Posted by Detguaq2 at 7:28 PM
Setelah sibuk berkejaran dengan masa di mana ketika musim cuti sinonim dengan musim kenduri kendara di selang seli pula dengan sakit demam serta kematian yang berlaku tidak kira masa termasuk kemalangan saya masih sempat berusaha untuk berjumpa dengan Mantan YB DUN Jeneri bagi membincangkan keadaan semasa UMNO Sik secara keseluruhan. Kesibukan pada siang membuatkan pertemuan dengan beliau hanya dapat di adakan di sebelah malam.
Pertemuan penuh makna ini berlangsung dalam suasana penuh keakraban memandangkan Mantan YB juga adalah 'senior' dalam politik Sik.  Mendapat, berkongsi dan memberi pandangan bersama-sama beliau sudah pastinya membuahkan sesuatu yang baik untuk keutuhan dan perpaduan UMNO Sik.  Komitmen yang beliau berikan untuk terus menyokong kepimipinan UMNO Bahagian Sik amatlah saya hargai dalam keadaan misi UMNO Sik khasnya dan UMNO Kedah untuk merampas kembali Kerajaan Kedah dari tangan pembangkang yang prestasi pentadbiran mereka amatlah mengecewakan rakyat.
Beliau turut memberi komitmen untuk membantu menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku di Felda Teloi Timur akibat dari salah tanggap dan salah maklumat yang sebelum ini sengaja di sebarkan untuk menimbulkan keresahan rakyat di FTT dengan segera di mana beliau akan turut sama memberi penerangan yang lebih tepat serta jelas susulan dialog yang telah pihak saya dan kepimpinan UMNO Sik dengan cawangan-cawangan di dalam kawasan FTT tempohari.

0 comments on "PERTEMUAN DENGAN MANTAN YB DUN JENERI."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez